• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DEIG: Kertas Siasatan Dibuka Jika Ada Maklumat Baharu

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung status penubuhan Darul Ehsan Investment (DEIG) sekiranya menerima maklumat baharu mengenainya.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzuklifli Ahmad berkata pihaknya perlu merujuk kepada laporan terbaharu dan hasil siasatan sebelum ini berhubung kes DEIG sebelum berbuat demikian.

“Saya kena rujuk kepada pegawai dahulu berhubung laporan yang baharu dibuat semalam…sama ada isunya sama dengan isu yang pernah SPRM buat (siasatan) dahulu … selain melihat jika ada maklumat atau isu baharu,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir, Simpang Durian di sini, hari ini.

Beliau berkata pada 2015, SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung status penubuhan DEIG namun, pihaknya tidak menemui sebarang kesalahan rasuah.

Dzuklifli diminta mengulas laporan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Mohd Fakhzan Md Noor semalam yang meminta SPRM menyiasat kes tersebut kerana DEIG didakwa beroperasi lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Mohd Fakhzan berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipetik sebagai berkata bahawa DEIG tidak memulakan operasi sehingga 2016.

Bagaimanapun, media melaporkan DEIG melalui anak syarikatnya DEIG Land, mula membuat Permintaan Maklumat (RFI) untuk kerja membangunkan tanah kerajaan negeri yang terletak di Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung pada Jun 2015. – BERNAMA

Tags: DEIGSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nasib Tiga Keluarga Mangsa Kemalangan Bas Terbela

Next Post

Firman Vokalis Baharu Kumpulan Hyper Act

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

Firman Vokalis Baharu Kumpulan Hyper Act

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd