Friday, May 17, 2024

Creating liberating content

Qari Kelantan, Qariah Perak...

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari...

4 Jenama Pelopor Pakaian...

MINGGU lalu, jenama sukan terkenal dunia Nike telah memperkenalkan hijab yang diberi nama “Nike...

Kes Bunuh Zayn Rayyan:...

PETALING JAYA : Polis mengesan pergerakan hasil analisis beberapa rakaman kamera papan pemuka...

Fathul Bari Mahu LPF...

Oleh kerana sinopsisnya yang menyentuh sensitiviti Islam, Dr. Fathul Bari Mat Jahya yang...

Daesh Kini Faktor Penyatu AS & Bashar

LIMA tahun selepas CIA membantu Revolusi Cedar dan Arab Spring yang membentuk kekacauan dan perang berdarah di Syria – semalam kedua-dua pihak bersatu.

Tentera Syria dengan dibantu maklumat dan teknologi strategik Amerika Syarikat (AS) memulakan kepungan dan serangan di bandar Raqqa dalam misi memusnahkan kubu akhir Daesh.

Misi dijangka selama empat bulan dan dianggarkan 2,000 militan Daesh bersiap sedia menghadapi pertempuran bagi mempertahankan kubu terakhir kerajaan dengan ideologi Negara Khalifah di bumi Syria.

Selain tentera Syria, musuh ketat Presiden Bashar Assad ikut menyertai misi tajaan AS ini. Militan Kurdis YPR dan pemberontak anti Bashar tajaan AS, Pasukan Demokratik Syria (SDF) turut mengepung Raqqa dalam misi ini.

Pada November 2011, berikutan Revolusi Arab Spring yang brrmula di Utara Afrika, Syria turut dilanda revolusi jalanan. Namun, ia gagal menjatuhkan Bashar. Malah, menjelang lima tahun perang saudara, 500 ribu rakyat Syria dilaporkan terkorban.


Lima juta penduduk Syria kini menjadi pelarian di Turki, Jordan, Lebanon dan sekitar Eropah. – MYNEWSHUB.CC 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

Kategori