• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai Pelancongan: Tiada Pelancong Batal Lawatan

oleh Ahmad Albab
08/08/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiada pelancong asing membatalkan lawatan ke Sabah gara-gara Cukai Pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada pelancong yang terpaksa membatalkan lawatan ke negeri ini atas faktor ketiadaan bilik hotel semasa tempoh lawatan mereka.

“Pada ketika ini, kita akui bilik hotel atau tempat penginapan di Sabah tidak mencukupi untuk menampung ramai pelancong,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lajim Ukin (Harapan Rakyat-Klias) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Ketika menjawab soalan Dr Edwin Bosi (DAP-Kapayan) berkaitan pendirian negeri berhubung Akta Cukai Pelancongan 2017 yang sepatutnya bermula 1 Julai lepas, Masidi berkata kerajaan Sabah sependapat dengan kerajaan Sarawak yang mahu cukai itu ditangguhkan sehingga 31 Mac tahun depan.

Jelasnya, penangguhan itu selari dengan kontrak membawa pelancong oleh pengendali pelancongan yang akan tamat dan diperbaharui pada Mac setiap tahun.

Beliau berkata, kerajaan kedua-dua negeri, menerusi memorandum yang dipersetujui sebelum ini juga mahu supaya bidang kuasa pelancongan dipulangkan kepada negeri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman turut memberitahu dewan bahawa kerajaan juga terpaksa mengambil langkah menasihatkan agensi pelancongan supaya tidak membawa jumlah pelancong yang besar secara sekali gus.

Sebaliknya, agensi berkenaan boleh membawa pelancong ke negeri ini secara berperingkat, tambahnya.

“Pernah seorang ahli perniagaan dari China memberitahu saya, dia mahu membawa 10,000 pelancong ke negeri ini, tetapi saya memintanya supaya membawa dalam jumlah lebih kecil secara berperingkat dan tidak membawa sekali gus.

“Jelas sekali Sabah begitu popular dalam kalangan pelancong dari luar negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: cukai pelanconganPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd