Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Nur Dinie, Hidap Influenza...

PONTIAN - Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain,7, yang disyaki...

PM Kanada Ada Salasilah...

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau yang baharu sahaja memenangi pilihan raya negara itu...

Projek LCS Perlu Diteruskan,...

KUALA LUMPUR : Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) perlu diteruskan kerana...

TPM Israel Letak Jawatan...

TEL AVIV - Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom, yang juga Menteri Dalam...

Cukai Pelancongan: Kementerian Jumpa Negeri

PEKAN – Mekanisme pelaksanaan cukai pelancongan akan dimuktamadkan selepas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bertemu dengan semua kerajaan negeri, kata Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata pertemuan itu yang melibatkan menterinya sendiri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan diadakan dalam masa terdekat dan hasil pertemuan dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“… kita percaya semua pihak (negeri) akan memperoleh hasil memuaskan dan boleh dinikmati semua yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pelancongan.

“Dakwaan bahawa pelaksanaan cukai ini akan memberi kesan kepada industri pelancongan juga tidak betul kerana ia bakal merancakkan lagi industri pelancongan kerana sebelum ini sudah ada 14 negara lain memperkenalkan cukai pelancongan dan industri pelancongan di negara terbabit berkembang dengan baik,” katanya.

Mas Ermieyati yang juga Ketua Puteri UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheatre Bangunan UMNO Pekan, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Puteri UMNO Pekan Malia Irdawatie Khairuddin.


Mengulas lanjut, beliau berkata langkah kerajaan memperkenalkan cukai pelancongan bertujuan membantu pengusaha sektor pelancongan, bukan untuk menyusahkan mereka.

“Kita (kerajaan) memilih untuk memperkenalkan cukai (pelancongan) ini bagi membantu industri pelancongan domestik… kita mahu semua operator produk pelancongan lebih kompetitif dan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

“Pelancong tempatan juga tidak perlu risau kerana cukai ini hanya membabitkan pelancong luar negara sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori