• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Cuba Ingat Anak Cucu’ – Tengku Abdullah

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 10 juta tan bauksit di Kuantan untuk menghalangnya dijual dan mengatasi perlombongan haram galian berkenaan.

Baginda yakin SPRM mempunyai asas kukuh dan tindakan itu perlu menjadi pengajaran kepada pihak yang melakukan perlombongan haram walaupun dalam tempoh moratorium seperti didedahkan BH pada 2 Ogos lalu.

Tengku Abdullah turut menyatakan kekecewaannya terhadap pembabitan penjawat awam dalam perlombongan haram bauksit.

“Saya terkilan kerana ada antara ditangkap dan akan didakwa adalah dalam kalangan pegawai kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang.

“Cuba ingat anak cucu. Tindakan itu (menerima rasuah) akan memberi kesan kepada keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menerima zakat daripada lima badan korporat di Istana Abd Aziz di sini, hari ini.

Tengku Abdullah mengulas tindakan SPRM menyita 10 juta tan metrik simpanan bauksit di negeri ini bagi menghalangnya dijual dan membantu menjalankan siasatan terhadap perlombongan haram bauksit yang didedahkan BH.

BH dalam laporan muka depannya pada 2 Ogos lalu, mendedahkan pelombong bauksit di Kuantan kembali melakukan kegiatan itu secara haram dengan alasan mengeluarkan stok sedia ada walaupun tempoh moratorium masih berkuat kuasa.

Susulan itu, SPRM melancarkan operasi dan menahan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta 10 kakitangan PTG Pahang kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan perlombongan bauksit secara haram. – BH Online

Tags: bauksitSPRMTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd