Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Muntah Ikan Paus Sebesar...

PARIS - Satu ketulan muntah ikan paus yang dijumpai seorang lelaki hanyut di...

UPM Tangga Ke-10 Terbaik...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama di Malaysia tersenarai...

Nash Cedera Terbabit Kemalangan...

SEREMBAN - Penyanyi legenda tanahair, Datuk Jamaludin Elias, atau lebih dikenali sebagai Nash...

Harimau Muda Jangan Buat...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan...

Cinta ‘Hadiah’ Ketika Budak, Kahwin Lepas 14 Tahun

KISAH percintaan bertemu di Internet mungkin sudah biasa kita dengar. Tapi kalau cinta selepas 14 tahun pula macam mana?

Baru-baru ini portal Rachfeed.com ada menyiarkan satu artikel tentang seorang gadis yang akhirnya mengahwini seorang budak lelaki tidak dikenalinya selepas 14 tahun cuba untuk mencari lelaki itu.

Kisah romantis ini dikatakan telah berlaku di Amerika Syarikat (AS), ketika itu mereka sedang meraikan perayaan Samaritan’s Purse.

Kanak-kanak di AS lazimnya akan membeli hadiah dan mengirimkan hadiah tersebut kepada kanak-kanak yang tidak bernasib baik di seluruh dunia.

Tak sangka, dalam banyak-banyak hadiah yang sampai, salah satu hadiah itu telah sampai kepada seorang kanak-kanak perempuan tidak bernasib baik di Filipina yang bernama Joana.

Salah satu isi kandungan dalam kotak hadiah yang diterimanya itu mengandungi sekeping gambar pengirim yang bernama Tyrel Wolfe dari Idaho, AS.

Biasalah, apabila sudah dapat hadiah misteri, mesti kita hendak tahu siapakah gerangan si pengirim itu.


Akhirnya selepas usaha selama 14 tahun, mereka berdua telah berjumpa menerusi laman Facebook. Sebelum itu, Joana pernah cuba untuk mengirimkan surat kepada Tyrel tetapi surat itu tidak sampai ke tangan Tyrel.

Joana sendiri hanya menjumpai akaun Facebook Tyrel setelah dia meningkat dewasa. Kisah ini juga dikatakan telah berlaku pada tahun 2014 lepas.

Walaupun pada mulanya Tyrel mengabaikan Friend Request dari Joana selama beberapa bulan, namun akhirnya mereka berkawan di akaun Facebook selepas Tyrel mula perasan tentang request yang dihantar oleh Joana.

Lama-kelamaan mereka menjadi semakin rapat dan mula jatuh cinta sesama sendiri. Tyrel juga mengambil keputusan untuk ke Filipina dan berjumpa dengan kekasih hatinya itu.

Mereka dikatakan telah menangis ketika pertama kali bertemu kerana akhirnya selepas 14 tahun, mereka dapat berjumpa secara depan-depan.

Joana juga berterima kasih kepada Tyrel kerana telah memberikannya hadiah ketika mereka masih kanak-kanak.

Sekarang, mereka telah mendirikan rumah tangga dan Tyrel menganggap ianya sebagai takdir kisah cinta. Rare sungguh kisah cinta macam ni kan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori