MULUT orang memang kita tak boleh tutup. Kalau tempayan, kita boleh tutup. Tapi kalau mulut manusia, nak tutup pakai apa? Jahit boleh tak?
Baca: “Jangan Kutuk Cik B Hitam!” – Datuk Seri Vida
Akibat sedih kerana dihina oleh sesetengah netizen, anak perempuan Dato Seri Vida, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau dikenali sebagai Cik B dikatakan memiliki kulit wajah yang gelap dikatakan telah merajuk.
Tak habis dihina ibunya kerana dikatakan gilakan nak berlaki, kali ni anak kesayangannya pula yang mendapat tempias. Ada satu video yang menampakkan wajah Cik B yang masam.
DSV bersama dengan Cik B dan seorang lagi anak lelakinya, Muhammad Eric Zacquan atau nama manjanya, Kacak sedang bercuti di negara matahari terbit, Jepun.
https://www.instagram.com/p/BYHxwg2hqEY/?taken-by=datoserivida
Lepas puas Kacak pujuk ibunya itu untuk ke Disneyland Jepun, akhirnya impian anak bujang kesayangan DSV itu dapat menjejakkan kakinya ke sana.
Vida ada memuat naik satu gambar di akaun Instagramnya yang mana dia mengatakan bahawa Cik B seakan akan down kerana mendapat hinaan yang teruk akibat memiliki tubuh badan yang agak gempal dan berkulit gelap.

Haihh… Budak macam tu pun korang nak hina kan. Biasalah dalam mana nak meningkat remaja ni, mestilah Cik B akan cepat terasa dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Dia masih belum lagi dapat mengawal emosi.
Kata Vida juga yang Cik B punya frust tu sampai dia langsung taknak bergambar bersama. Ada juga satu gambar di Instagram Cik B yang mana dia menutup ruangan komen. Manalah budak macam Cik B tu mampu nak tahan mata baca komen negatif netizen kan!
Namun, selepas diberi kata-kata semangat oleh ibu dan golongan netizen yang positif, Cik B kini kembali ceria dan mula bersolek! Wahhh…Pandai dah Cik B makeup makeup ni.



Vida sendiri telah memuat naik gambar Cik B yang kelihatan sangat cantik ketika mereka bercuti di Jepun. Takpe Cik B… Waktu sekarang ni mainlah sepuas hati. Nanti bila dah meningkat remaja, mesti Cik B sendiri akan ada rasa untuk menghias dirinya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah