• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Carcosa Seri Negara, Venue Yang Merintis Laluan Merdeka

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tapak warisan negara Carcosa Seri Negara bukan sekadar kediaman rasmi Residen Jeneral British yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, malah ia juga merupakan venue yang merintis laluan bagi menuntut kemerdekaan negara.

Pengerusi dan kurator utama Asian Heritage Council Sdn Bhd Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz berkata bangunan Seri Negara itu menyimpan peristiwa sejarah berkaitan dengan Merdeka, di mana dokumen-dokumen mengenai pembentukan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 1948.

Beliau berkata Carcosa Seri Negara juga merupakan lokasi bersejarah di mana selepas perjanjian 1948 ditandatangani, ia juga merupakan tempat berlangsungnya perbincangan tentang Perlembagaan Malaya.

“Ini merupakan beberapa cerita yang tidak terkira banyaknya berkaitan kemerdekaan negara dan bagi menonjolkan perkara itu, Asian Heritage Museum Sdn Bhd (AHM) akan menganjurkan pameran selama sebulan mulai 1 Sept, sehari selepas negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan,” katanya semasa sesi temu bual dengan Bernama News Channel (BNC) “Bernama Today” di Wisma Bernama di sini hari ini.

Pameran itu akan dilancarkan pada 31 Ogos dan ia akan mempamerkan artifak-artifak bersejarah dan akan memaparkan perspektif berkaitan Merdeka yang jarang sekali disebut yang akan berlangsung di Carcosa Seri Negara, katanya. – BERNAMA

Tags: Carcosa Seri Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Arab Saudi Lancar Portal, Perkembangan Jemaah Haji

Next Post

Felcra Ambil Langkah Kekang Serangan Ulat Bungkus

Related Posts

Carcosa Seri Negara Bakal Lenyap

26/08/2019
0

PAKAR sejarah mencadangkan kerajaan memulihara dan membaik pulih rumah agam bersejarah, Carcosa Seri Negara yang pernah menjadi saksi kepada pemeteraian...

Carcosa Seri Negara Disewa Kepada Syarikat Tempatan

30/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Carcosa dan Seri Negara disewa kepada sebuah syarikat sosial 100 peratus milik Malaysia dikenali sebagai Asian Heritage...

Next Post

Felcra Ambil Langkah Kekang Serangan Ulat Bungkus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd