• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bocor Maklumat: SPRM Tahan Pembantu Am PTG

oleh Ahmad Albab
07/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pembantu am di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang kerana disyaki menerima rasuah bagi membocorkan maklumat operasi kepada pelombong bauksit haram.

SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata suspek berusia 33 tahun daripada unit penguat kuasa PTG Pahang itu ditahan pada pukul 12.05 tengah malam ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan di pejabat SPRM.

Suspek dipercayai telah menerima suapan daripada pelombong bauksit haram sebagai balasan untuk memberi maklumat mengenai operasi sekitar Bukit Goh, menurut kenyataan itu.

Penahanan terbaru ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan kegiatan perlombongan bauskit haram di daerah ini seramai 11 orang, selepas seorang pegawai kanan Kastam dan sembilan kakitangan PTG Pahang, ditahan reman sebelum ini.

SPRM melancarkan operasi khas berkaitan perlombongan bauksit selepas mendapati aktiviti perlombongan itu masih berlaku di Bukit Goh dan Bukit Sagu di sini, walaupun kerajaan mengenakan perintah moratorium pada 15 Jan tahun lalu danu dijadualkan tamat pada 31 Dis depan. – BERNAMA

Tags: pecah amanahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd