• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bila Selebriti ‘Berlagak’ Samseng, Guna ‘Lu, Gua’…

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK filem-filem aksi ala samseng diperkenalkan dan menjadi popular, dialog-dialog acah samseng pun menjadi trending dengan cepat. Dialog Lu Gua yang sebenarnya hanya hot pada dekad 80-an kini diguna semula secara meluas.

Nama-nama watak yang ngeri dan level bawa maut dijadi penghias penggilan untuk merujuk pada karektor samseng.

Tidak cukup dalam filem, budaya dialog samseng merebak ke luar layar lebar dan digunakan dengan meluas oleh pelakon.

Nampaknya dialog ala samseng ini seronok didramakan dalam media sosial sampailah ke isu balas membalas cabaran antara Presiden Seniman, Zed Zaidi dan artis Singapura, Nick Mikhail.

Kalau kita baca, boleh #matilanak ketakutan.

Samseng sejati di luar sana, pasti akan tertanya-tanya: “Wow! Dah berapa banyak telinga musuh anda simpan dalam botol di rumah?”

Samseng sejati pasti terkedu mendengar hebatnya dialog acah samseng yang disahut-sahut dua pelakon ini.

Perkataan lu gua, langgar, pancung, gua cari sampai dapat dan segala macam mak-nenek kata-kata acah gengster dikemukakan.

Hairannya, akhirnya main-main caj bagus acah gengster ini, disambut rakan-rakan artis, lalu jadi laporan polis.

Dah menyusahkan polis. Orang filem main drama di media sosial, polis juga kena siasat. Bunyi gertak macam hebat, ke balai juga mengadu kes.

Dah buang masa polis pula nak siasat masalah sikap berlagak gengster orang seni.

Sedikit nasihat. Kalau tidak dilahirkan menjadi gengster, tak perlulah acah gengster. Nak bunyi macam anak rimau lawan anak singa pun… apa kejadahnya. Bukan gengster pun sebenarnya.

Gengster sejati tak berkokok di media sosial.

Realitinya ialah berbaris mayat dan jenazah polis kena siasat kerana ia membabitkan gengster sejati punya hal. Jadi, gengster acah bagus di media sosial, terutama pelakon yang hanya berkesempatan jadi samseng di layar perak, janganlah menyusahkan polis.

Samseng tahi ayam sahaja yang berkokok. Samseng sejati keluar masuk penjara dan lengannya dah lenguh dipasung gari.

Pergi tanya samseng sejati. Apakah takat-takat dua tiga patah ayat maut, boleh menjadikan anda samseng sejati?

Kepada Zed Zaidi dan Nick Mikhail eloklah bermaaf-maafan. Tak payahlah havoc. Anda berdua memang bukan samseng pun. Hanya pelakon yang cari makan dan mungkin pernah jadi samseng menggerunkan di layar perak.

Tapi layar hidup adalah realiti! – MYNEWSHUB.CC 

Tags: nick mikhailZed Zaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zed Zaidi Antara 4 Didakwa Sebar Berita Palsu COVID-19

21/02/2020
0

SEPANG - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi merupakan antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari...

Sebar Berita Palsu Coronavirus, Zed Zaidi Dipanggil SKMM

01/02/2020
0

CYBERJAYA - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil, hari ini, hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd