• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih: Ancaman Nyata Demokrasi & Kemerdekaan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja tentang Bersih, bermacam definisi dan pendapat bermain fikiran. Siapa yang tidak mahu hidup dalam negara yang aman?

Apa sahaja yang menggugat keamanan pasti ditentang!

Fakta: Apa Itu Bersih

Dilancarkan 23 November 2006 sebagai jawatankuasa penyelaras tuntutan diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan dan disertai pemimpin dan penyokong pembangkang.

Definisi Bersih diperdebatkan dalam dua persepsi.

1. Perhimpunan aman yang menuntut SPR mereformasikan dan membebaskan badan itu dari cengkaman penjajah politik supaya lebih adil dan bersih.
2. Perhimpunan haram yang menuntut dan mendesak reformasi dalam proses pilihan raya di Malaysia.

Secara ringkas, dua sudut pandang ini menggambarkan satu aspek ancaman di mana meletakkan rakyat sebagai mangsa pemikiran.

Namun, fakta relatifnya berdasarkan realiti, ia menyerang pemikiran rakyat supaya bertindak agresif untuk kerajaan memenuhi tuntutan tanpa mengira kesannya.

Definisinya sahaja mencetuskan pola permusuhan dalam masyarakat. Belum lagi objektifnya.

Mirip Revolusi Arab Spring

Tindakan Bersih sama seperti Revolusi Arab Spring yang menyebabkan kejatuhan empat kerajaan negara Arab.

Revolusi bermula di Tunisia pada tahun 2010 yang juga dikenali sebagai Revolusi Jasmin.

Titik mulanya akibat tindakan penjual buah bernama Bouazizi yang dihalang berniaga serta dikasari pihak berksasa.

Sebagai tanda protes, dia membakar dirinya dan akhirnya mati.

Maka bermulalah protes jalanan apabila rakyat turun padang untuk menuntut bela terhadap Bouazizi dan.

Akhirnya, Presiden Tunisia ketika itu Ben Ali berjaya dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri.

Gelombangnya berterusan ke negara Arab lain seperti Mesir, Libya, Bahrain, Syria dan Algeria.

Pertumpahan darah di Libya dan Syria telah memusnahkan negara itu sendiri. Ia mengakibatkan krisis kemanusiaan yang terburuk dan arena politik menjadi celaru.

Pemimpin berjaya ditumbangkan, namun gerakan revolusi berakhir dengan kemusnahan awam serta menggugat keamanan dan ekonomi hingga sekarang.

Ia kini menjadi perang saudara dan perang proksi kuasa Barat. AS dan Rusia memainkan peranan hingga Syria musnah dalam tempoh empat tahun selepas revolusi.

Akhirnya negara-negara ini menjadi negara yang gagal dan terus bergolak.

Resepi Kemusnahan

Mahukah kita jadi seperti mereka? Atau reformasi Bersih ini menjadi resepi yang akan memusnahkan negara kita?

Mengambil kata-kata falsafah: “Kegagalan memahami sejarah akan membuatkan manusia terhukum mengulanginya.”

Bersih sememangnya ancaman jelas terhadap demokrasi yang sudah pasti akan menggugat kemerdekaan dan keamanan negara.

Jadilah bangsa yang bertamadun dan pintar. Bijak dalam mengkaji kebenaran sebelum mencerna sesuatu maklumat. Pertahankan kedaulatan negara dari tali barut kuasa asing.

Oleh:M.Ikhtiaruddin@yaya
#LaskarMalaya

Tags: #laskarmalayaBersihDemokrasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anggota pasukan keselamatan khususnya tentera dan polis yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal esok diseru supaya tidak...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd