• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendera 11 Negara Mula Berkibar Di Stadium Nasional

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bendera 11 negara yang mengambil bahagian dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mula berkibar di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini menandakan temasya dwitahunan itu akan bermula secara rasminya tiga hari lagi.

Seramai 350 wakil terdiri daripada atlet dan pegawai daripada setiap negara yang bertanding dalam KL2017 iaitu Thailand, Singapura, Myanmar, Vietnam, Timor Leste, Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Filipina dan tuan rumah Malaysia hadir pada upacara menaikkan bendera yang berlangsung di Dataran Keris, perkarangan Stadium Nasional hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan, Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Datuk Seri Zolkples Embong, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar dan Setiausaha Kehormat MOM Datuk Low Beng Choo.

Dalam ucapannya pada upacara itu, Saravanan berkata Malaysia berusaha sebaik mungkin untuk memastikan setiap aspek temasya itu diberi perhatian termasuk pengangkutan, penginapan dan makanan.

“Beberapa acara sukan sudahpun bermula dan suasana semakin hari semakin mengujakan. Kami tidak sabar untuk menyaksikan anda semua beraksi cemerlang,” katanya.

Saravanan berkata walaupun menang amat penting dalam acara sukan, beliau berharap atlet turut berasa seronok dan menimba pelbagai pengalaman sepanjang temasya ini.

“Tatkala anda semua mempamerkan semangat perpaduan menerusi sukan, kami juga berharap anda turut mengambil peluang ini untuk menikmati hospitaliti mesra Malaysia,” katanya.

Stadium Nasional yang menjadi venue utama edisi ke-29 Sukan SEA itu merupakan sebahagian daripada Bandar Sukan Kuala Lumpur, yang turut merangkumi Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional , Pusat Skuasy Nasional dan Axiata Arena.

KL2017 yang mempertandingkan 404 acara dalam 38 sukan akan berlangsung secara rasmi dari 19 sehingga 30 Ogos. – BERNAMA

Tags: ASEANSukan SEA KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd