• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Belum Masa Lagi Untuk Bergembira” – Kim Swee

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengendali skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu meraikan kejayaan ke final buat kali ke-12 kerana misi sebenar mereka adalah merampas semula pingat emas daripada Thailand.

Beliau berkata, kejayaan menundukkan Indonesia 1-0 pada separuh akhir di Stadium Shah Alam malam tadi, menyuntik keyakinan pemain untuk berdepan Thailand yang menewaskan mereka di Bangkok dalam saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23, bulan lalu.

“Saya ada tiga hari lagi untuk benar-benar gembira (final), ia bagus untuk kita layak ke final tapi kita tak boleh terlalu meraikannya, sebaliknya semua pemain kena fokus menentang Thailand.

“Kita bermain di tempat sendiri, tiada sebab untuk kita berasa takut dengan Thailand. Memang kita kalah 0-3 dengan mereka di Bangkok, tapi final adalah permainan berbeza dan kita sudah bersedia,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Kim Swee menurunkan barisan terbaik dan seharusnya mendahului pada babak pertama, namun beberapa peluang terhidang gagal disempurnakan dengan baik.

Penyerang N Thanabalan gagal menanduk tepat bola hantaran lintang di depan pintu gol pada minit ke-6 manakala sepakan sudut Safawi Rasid pula ditepis keluar penjaga gawang Indonesia, Satria Tama Hardiyanto pada minit ke-29.

Kecederaan S Kumaahran menyebabkan Kim Swee terpaksa memasukkan penyerang Jafri Firdaus Chew dengan saingan babak pertama berakhir tanpa jaringan.

Aksi pada separuh masa kedua lebih mendebarkan dengan kebuntuan untuk mendapatkan gol hanya mampu dileraikan menerusi tandukan Thanabalan pada minit ke-87, sekali gus mencipta gemuruh 80,000 penyokong.

Jaringan itu sudah cukup untuk membawa Malaysia bertemu Thailand di final Sukan SEA buat kali keempat, dengan kali terakhir di Kuala Lumpur 2001 menyaksikan skuad negara tewas 0-1.

“Indonesia bermain baik pada separuh masa pertama dan kita terlalu berhati-hati. Tapi pemain bangkit pada separuh masa kedua, mendominasi permainan dan menunjukkan karektor terbaik untuk menang,” kata Kim Swee yang membimbing pasukan menjuarai pingat emas kali terakhir di Sukan SEA Jakarta 2011. – Berita Harian

Tags: bola sepakSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tonton Perlawanan Bola Sepak KL2017 Dari Arafah

Next Post

Gempa Sederhana Landa Selatan Jawa

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Gempa Sederhana Landa Selatan Jawa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd