• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bazaria Danau Kota Pindah Kompleks Uptown Siap

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bazaria Danau Kota akan dipindahkan ke Kompleks Uptown Jalan Genting Klang apabila kompleks itu siap empat tahun lagi, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya buat masa ini bazaria itu akan terus beroperasi di tapak sedia ada.

“Status terkini projek Kompleks Uptown adalah di peringkat penyediaan Pusat Penjaja Sementara bagi memindahkan penjaja di Medan Aneka Jalan Genting Klang.

“Kompleks Uptown akan dibina selepas pusat penjaja sementara selesai dibina,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) mengenai status terkini Bazaria Danau Kota pada sesi pertanyaan jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Adnan berkata setakat ini terdapat 543 penjaja peniagaan barangan kering serta kira-kira 100 penjaja menjual makanan dan minuman di Bazaria Danau Kota.

“Kami akan membuka permohonan kepada penjaja untuk beroperasi di Kompleks Uptown bermula suku pertama tahun depan bagi proses pemindahan mereka ke kompleks itu,” katanya.

Setakat ini, terdapat lima lokasi bazaria di seluruh ibu kota iaitu dua di Bandar Tun Razak dan masing-masing satu di kawasan Parlimen Batu, Wangsa Maju dan Cheras.

“Had yang dibenarkan untuk berniaga ialah dari 9 malam hingga 3 pagi, termasuk had waktu mereka untuk memunggah barang-barang jualan,” kata Tengku Adnan.  – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUptown Danau Kota
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Uptown Danau Kota Buat Laporan Polis

06/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Isu tapak Uptown Danau Kota yang diarah tutup pihak berkuasa semakin memuncak apabila lebih 200 peniaga masing-masing...

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd