• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asing Gelas Tak Ikut Pekeliling – Mahdzir Khalid

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Tindakan pentadbir sebuah sekolah rendah yang mengasingkan gelas minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam dilihat tidak bertepatan serta bersesuaian dengan peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan sedia ada.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebaliknya pentadbir sekolah harus berperanan sebagai agen pemurnian dalam mewujudkan perpaduan dan menjaga sensitiviti kepelbagaian kaum.

“Semua jenis peraturan dan pekeliling urusan sekolah telah tertakluk pada pekeliling kementerian sedia ada, jadi pentadbir sekolah tidak boleh buat sesuatu perkara lebih dari apa yang telah ditetapkan.

“Mereka (pentadbir sekolah) tidak boleh buat peraturan sendiri sebaliknya perlu merujuk dengan pihak kementerian dahulu jika hendak melakukan sesuatu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap hari ini.

Beliau diminta mengulas isu dasar mengasingkan gelas minuman pelajar Islam dan bukan Islam di sebuah sekolah rendah di Hulu Langat, Selangor seperti yang dilapor sebuah portal media semalam.

Mahdzir berkata sebelum melaksanakan sesuatu peraturan, pentadbir sekolah perlu memastikan ia tidak menyentuh sensitiviti kaum.

“Dalam kehidupan majmuk ini, sensitiviti ada jadi kita perlu jaga. Jangan disebabkan pelaksanaan yang dibuat itu mendatangkan masalah dan menyusahkan pihak lain,” katanya.

Namun katanya isu itu telah diselesaikan di peringkat jabatan.

Isu itu turut diulas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan tindakan itu sebagai perkauman di samping mendorong kebencian dan penghinaan terhadap kaum lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd