• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Rohingya Harap Malaysia Hargai Nikmat Kemerdekaan

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kehangatan bulan kemerdekaan yang disambut pada hari ini, bukan sahaja dirasai seluruh rakyat Malaysia, malah ia turut dirasai kanak-kanak etnik Rohingya yang menetap di negara ini.

Bagi Nur Syafitri Nazir Husin, 13, berada di Malaysia sejak dilahirkan adalah satu nikmat yang tidak akan diperolehi di negaranya, Myanmar kerana sehingga hari ini nasib etnik Rohingya di sana tidak lagi terbela dan terus ditindas.

“Saya harapkan orang Malaysia hargailah kemerdekaan yang dikecapi ketika ini dan menjaganya dengan baik kerana kami di Arakan hidup susah sampai hari ini, apabila kerakyatan kami dinafikan dan ramai dibunuh dengan kejam.

“Kami tak akan pulang ke sana, tetapi mengambil peluang keamanan di sini untuk belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti, saya dapat membantu masyarakat Rohingya lain agar mempunyai masa depan lebih cerah.

“Pada 2010, saya pulang ke Myanmar untuk melawat saudara di sana, tetapi dimaklumkan ibu saudara saya mati dibunuh tentera Myanmar yang datang ke rumah mereka,” katanya yang mahu pihak antarabangsa menyelamatkan etnik Rohingya daripada kekejaman yang disifatkan pembersihan etnik oleh kerajaan Myanmar.

Katanya, pada sebelah malam, penduduk yang tinggal dalam keadaan gelap tanpa makanan dan selimut akan didatangi tentera Myanmar untuk mengebom kampung dan menanam mayat mangsa di lubang besar.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Rohingya, Mohd Fairuz Jalal Ahmad, 13, berkata Malaysia sebuah negara bebas untuk bergerak dan belajar bersama rakan, tanpa ada sekatan berbanding di Myanmar.

“Saya tak tahu sangat keadaan di sana sebab lahir di sini, tetapi ibu bapa saya berkata, kehidupan di sana jauh berbeza walaupun di sini banyak kaum, rakyat di sini saling menghormati dan menyayangi satu sama lain,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sanggup menerima ibu bapanya – pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk tinggal di negara ini serta diberi layanan baik sebagai saudara seagama.

“Saya akan belajar sebaik mungkin untuk mengenal huruf dan batas kemanusiaan agar tidak menjadi seperti tentera Myanmar yang zalim dan jahat terhadap manusia,” katanya.

Mereka merupakan antara 63 pelajar Rohingya berusia 5 hingga 15 tahun yang belajar di Pusat Pendidikan Rohingya di Pantai Johor, di sini kelolaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). – BERNAMA

Tags: kemerdekaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kazakhstan Hadapi Krisis Terburuk Sejak Merdeka

09/01/2022
0

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin meluluskan permintaan kakitangan dan ahli keluarga mereka untuk meninggalkan konsulat AS di Almaty, Kazakhstan, susulan...

China Ambil Tindakan Drastik Jika Taiwan Desak Kemerdekaan

30/12/2021
0

BEIJING : China akan mengambil langkah drastik jika Taiwan bergerak ke arah mencapai kemerdekaan, seorang pegawai Beijing memberi amaran pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd