Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Penerima BR1M Boleh Tuntut...

KUALA LUMPUR - Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mengalami masalah pengkreditan...

DAP Gubal Kod Etika...

GEORGE TOWN - DAP sedang merangka kod etika bagi semua wakil rakyat parti...

Squid Game Ada Juga...

RASANYA, waktu ini, sesiapa sahaja yang memiliki akaun Netflix sama ada sudah atau...

Datuk Seri Vida Tak...

SIAPA yang tak kenal dengan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang sangat...

Amerika Syarikat Tetap Gergasi Dominasi Dunia

TIDAK dinafikan Amerika Syarikat (AS) telah bertahun mendominasi dunia. Baik dalam aspek intelek, moral, perundangan atau ekonomi.

Di sebalik segala sumbangan yang dilakukan untuk ‘kesejahteraan dunia,’ AS bukanlah hero penyelamat yang sebenar.

Menurut James Zogby dalam artikelnya di Huffpost, selama 15 tahun perang yang meletus di Lubnan tidak membawa sebarang perubahan yang baik.

Peperangan Israel-Palestin selama berpuluh tahun juga tidak pernah berhenti.

Melihat strategi gencatan senjata dan perjanjian damai sebagai titik lemah sesebuah institusi, pentadbiran Bush menolak strategi tersebut dan terus menerus mempromosi keganasan sebagai kaedah terbaik untuk membanteras musuh.

Usaha Presiden George HW Bush dan Bill Cliton era pasca Perang Dingin yang mempromosi kedamaian dan hanya menggunakan kekuatan tentera apabila perlu ditolak oleh para neo-konservatif.

Mereka percaya bahawa ‘kebaikan akan sentiasa menang dan kejahatan akan lenyap’ dan ini menjadi justifikasi setiap tindakan ganas yang diambil.

Persoalannya, apakah kebaikan yang diperjuangkan jika mereka hanya menumpahkan darah rakyat yang tidak bersalah?

Menjadi negara ‘Role Model’ bagi negara lain, AS menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk menyebarkan ideologi-ideologi palsu yang diikut secara membabi buta tanpa sebarang tapisan.

Terkadang, rakyat negara tersebut terlebih ‘Amerika’ daripada penduduk di AS sendiri. Kini, keganasan menjadi pilihan, liberalisasi diperjuangkan tanpa sebarang batasan, undang-undang dicampak ke laut.


Segala yang bermula di Amerika menjadi ‘trend’ yang bukan lagi pilihan malah satu kewajipan yang harus diikuti. Tidak dinafikan Amerika AS mendominasi dunia tanpa sebarang batasan.

Namun, apa yang berlaku di Amerika sendiri patut dijadikan pengajaran. Laporan oleh Soren K. Group untuk Marketslant pada 27 Januari lalu, memberi gambaran bahawa AS di ambang perpecahan.

Disebabkan ketidakadilan pentadbiran dan diskriminasi yang terlalu kuat menyebabkan California bertindak mendapatkan undi untuk menjadi sebuah negara yang independan.

Mempunyai ekonomi ke-enam terbesar dunia, dengan Silicon Valley, agrikultur, dan tanaman kannabis yang terbesar, California mampu membentuk sebuah negara tanpa bantuan AS.

Mereka berpendapat California akan menjadi lebih baik tanpa campur tangan AS.

#laskarmalaya

-MYNEWSHUB.CC

Kategori