• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri Vida Tak Kisah Aksi Tagline ‘Muahh’ Dicaci

oleh AK-47
04/12/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tak kenal dengan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang sangat popular dengan tagline “Qu Putih..Qu Putih.. barulah putih!!! Muaaahh”.

Walaupun slogan tersebut kedengaran lucu, namun ternyata percaturannya itu membuatkan hasil sehinggakan jenama produknya sering menjadi sebutan ramai.

Pun begitu, pada masa sama terdapat suara-suara sumbang mengkritik dan memperlekehkan idea tagline tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman berkata, dia tidak berkecil hati mahupun terasa apabila tagline Qu Puteh itu dicerca sesetengah pihak.

“Mungkin ada yang meluat kot apabila saya buat “muaaah” tapi saya buat sebegitu kerana saya pakai gincu. Jadi aksi itu adalah normal buat diri saya. Sesetengah orang mungkin suka atau pun tak.

“Itu semua hak mereka untuk menilai, yang penting kita tahu apa yang kita buat untuk mencapai target dalam hidup masing-masing,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana produknya semakin dikenali dan pendapatan meningkat setelah pembabitannya dalam Gegar Vaganza 2.

“Kini keputusan menjadi penaja untuk acara hiburan nyata berkesan walaupun ada segelintir pihak pada mulanya sangsi dengan keputusan saya.

“Menjadi penaja untuk GV2 amat berbaloi kerana pada masa yang sama program ini telah menjadi platform hubungan kekeluargaan yang menonton bersama-sama.

“Jadi, pelaburan saya ini umpama serampang dua mata. Pelbagai kebaikan telah diperolehi oleh semua pihak tidak kira penonton, barisan penyanyi serta tenaga produksi yang berhempas pulas menjayakannya,” kata Datuk Seri Vida.

Sumber: Murai 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=oLgFZIwWe0s]

Tags: Datuk Seri Vida
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd