• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alu-Alukan Pengerusi Secretleaf Jadi Presiden KAFA

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengalu-alukan tawaran yang dibuat oleh Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn. Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim untuk memegang jawatan Presiden KAFA.

Beliau bagaimanapun memperingatkan mana-mana pihak yang mahu memimpin KAFA mesti benar-benar meminati bola sepak Kelantan dan bukan sekadar memikirkan publisiti untuk perniagaan mereka.

“Alhamdulillah nampaknya sudah muncul orang berminat jadi Presiden KAFA. Saya harap akan ada lagi yang tampil. Lebih ramai lebih baik.

“Perlu diketahui tanggungjawab KAFA tidak hanya pada pasukan The Red Warriors tetapi juga ahli gabungan, futsal, bola sepak wanita, kejurulatihan, pengadil dan lain-lain,” katanya di Facebook hari ini.

Annuar menganggarkan bajet minimum tahunan yang perlu ditanggung KAFA kira-kira RM12 juta atau kira-kira RM1 juta sebulan.

Dalam perkembangan lain, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO kesal tunjuk perasaan berhubung gambar bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku panduan Sukan SEA Ke-29 masih berlaku di Indonesia.

Jelas beliau, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Presiden Indonesia sudah pun mengeluarkan kenyataan menerima penjelasan daripada kerajaan Malaysia berhubung kesilapan yang tidak disengajakan itu.

“Sepatutnya isu ini sudah boleh ditutup kerana yang berlaku itu bukan sesuatu yang disengajakan. Langkah memperbaikinya pun sudah diambil.

“Saya difahamkan kesilapan seperti ini juga pernah berlaku semasa Indonesia menjadi tuan rumah di Palembang beberapa tahun lalu,” katanya.

Justeru, Annuar berharap semua pihak berpada-pada dalam isu yang tidak disengajakan tersebut dan mengambil semangat ASEAN yang sejati.

Beliau bagaimanapun menegur pihak yang membuat kesilapan itu termasuk mereka yang melakukan kesilapan ejaan dalam kenyataan media Wisma Putra berhubung isu tersebut baru-baru ini. -MYNEWSHUB.CC

Tags: KAFAPresiden KAFATan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd