• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alibaba, Marriott Jalin Kerjasama Tingkat Keselesaan

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Alibaba Group Holding Ltd dan Marriott International Inc. menjalin kerjasama untuk meningkatkan keselesaan perjalanan bagi beratus-ratus warga China yang melancong ke dalam dan luar negara setiap tahun.

Alibaba dan Marriott dalam satu kenyataan bersama berkata usaha sama itu akan memanfaatkan portfolio global Marriott serta penerajuan runcit digital Alibaba dan peranannya sebagai pintu masuk bagi jenama antarabangsa untuk mencapai lebih 500 juta pengguna aktif mudah alih sebulan.

Ia juga akan memasarkan secara terus kepada pelanggan Alibaba, menyediakan pautan antara program kesetiaan Marriott dan Alibaba, menyokong hotel Marriott di seluruh dunia dengan kandungan, program dan promosi disesuaikan bagi pelancong China.

“Bersama-sama, kami akan meningkatkan keselesaan perjalanan bagi pelancong China untuk menjadi lebih lancar dan khusus apabila mereka memulakan pengembaraan meneroka dunia,” kata Daniel Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Marriott International, Arne Sorenson berkata perkongsian itu akan memadankan hospitaliti Marriot dengan platform perjalanan digital Alibaba, kepakaran runcit dan platform pembayaran digital, Alipay, dan mempromosikan keahlian bagi program kesetiaan.

“Dengan peningkatan bilangan pelancong China meneroka destinasi baharu, usaha niaga ini akan memperkenalkan hotel kami di seluruh dunia kepada golongan baharu ini yang semakin berkembang,” katanya. – BERNAMA

Tags: AlibabaMarriott
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jack Ma Hilang?

04/01/2021
0

BILIONAIR China dan Pengasas Alibaba Group Jack Ma dipercayai hilang selepas gagal memunculkan diri semasa episod akhir talent show Jack...

Jualan 11.11 Catat Jualan AS$23 Bilion Pada 9 Jam Pertama

11/11/2019
0

HANGZHOU - Gergasi e-perdagangan, Alibaba Group Holdings Inc mengumumkan jualan bagi Hari Tunggal tahunan (11.11) adalah sebanyak AS$22.63 bilion dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd