• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Pembida Tertinggi Plat Baharu Perlis RR6

oleh
03/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Nombor pendaftaran siri baharu plat RR di Perlis meraih sambutan hangat, apabila dua daripadanya iaitu RR6 dan RR9 sah menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Keputusan tawaran bidaan yang dikeluarkan semalam dan mula tersebar melalui media sosial, turut memaparkan nama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, apabila memenangi bidaan bagi nombor pendaftaran RR11.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, ketika dihubungi media mengesahkan Sultan Muhammad V memenangi bidaan plat nombor RR6 dan RR9 dengan nilai masing-masing sebanyak RM459,800 dan RM396,980.

Sementara Sultan Selangor pula ujarnya, diumumkan memenangi bidaan nombor pendaftaran RR11 dengan nilai RM268,400. Pihak JPJ Perlis turut menyiarkan keputusan tawaran plat itu menerusi laman Facebook rasminya.

“Nilai bidaan bagi RR6 adalah yang tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah bagi nombor pendaftaran kenderaan di Perlis, ia malah mengatasi nilai paling tinggi sebelum ini iaitu RM297,000 bagi nombor plat RM8,” katanya.

Jurucakap sama berkata, seramai 7,960 individu telah membuat bidaan untuk nombor pendaftaran plat RR yang dibuka antara tempoh 5 hingga 19 Jun lalu, tetapi daripada jumlah tersebut hanya 2,253 disahkan sebagai berjaya.

Keputusan bidaan nombor plat baharu berkenaan turut ditampal di papan kenyataan Pejabat JPJ Perlis di Arau, manakala lebih 1,000 netizen turut berkongsi keputusan itu menerusi laman Facebook rasmi agensi tersebut.

Huruf berganda RR dikatakan agak popular kerana ia lazimnya merujuk teknologi automotif canggih atau singkatan daripada jenama kereta mewah Rolls-Royce. Sebelum itu, seramai 6,272 individu membida bagi siri plat RM.

Tawaran yang ditutup 10 Mac lalu mencecah nilai lebih RM7 juta, rekod tertinggi pernah diterima JPJ Perlis setakat ini dan ia menjadi pilihan kerana dianggap akronim daripada Ringgit Malaysia.- Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: JPJnombor plat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd