• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Petugas Berswafoto Dikenakan Tindakan

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Enam petugas perubatan dikenakan tindakan disiplin selepas mereka berswafoto di hadapan kereta api yang remuk dalam pelanggaran di bandar Iskandariah Khamis lalu.

Menurut laporan, keenam-enam petugas itu ditukarkan ke kawasan pedalaman semalam selepas gambar mereka berswafoto tular di media sosial mengundang kecaman orang ramai.

Dua buah kereta api berlanggar di bandar pantai Mediterrean itu Khamis lalu, menyebabkan 41 orang terbunuh, antara kemalangan paling buruk pernah berlaku di Mesir.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Kementerian Kesihatan Mesir, Ahmed al-Ansarui memberitahu wartawan, enam kru ambulans itu sudah ditukarkan ke Oasis Siwa, kawasan subur di tengah padang pasir di barat Mesir, kira-kira 560 kilometer dari Kaherah.

“Ia kelakuan tidak senonoh. Mereka perlu dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Gambar yang viral di media sosial menunjukkan petugas itu berswafoto menggunakan telefon bimbit dengan gerabak kereta api yang musnah menjadi latar belakang.

Sebahagian besar pengguna media sosial mengecam tindakan mereka dengan menyifatkan petugas itu tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa. – Agensi/myMetro Online

Tags: disiplinSwafoto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Tentukan Tindakan Disiplin, Gantung Atau Buang – Exco

Sekolah Tentukan Tindakan Disiplin, Gantung Atau Buang – Exco

15/08/2023
0

JOHOR BAHRU: Tindakan disiplin termasuk gantung atau buang sekolah boleh dikenakan terhadap sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wangsa...

Jemaah Malaysia Pamer Disiplin Terbaik

Jemaah Malaysia Pamer Disiplin Terbaik

11/07/2022
0

MINA: Keadaan sesak dan sempit tidak menjadi halangan jemaah haji Malaysia terus menjaga kebersihan dan berdisiplin dalam tempoh operasi Masyair....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd