• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota Renjer Thai Nyaris Maut Serangan Bom

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT – Tiga anggota renjer Thai nyaris maut apabila kenderaan kalis peluru mereka terkena letupan bom buatan sendiri di Kampung Repat, Chanet di wilayah Narathiwat hari ini.

Ketua Polis Chanet Kol Somchai Nilapech berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan semasa ketiga-tiga mereka dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di Chanet.

“Kenderaan mereka rosak akibat terkena dua letupan bom yang diletakkan di tepi jalan tetapi ia tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan mereka berjaya keluar daripada kawasan serangan ,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kedua-dua bom seberat 10kg yang diletakkan dalam jarak 100 meter antara satu sama lain diaktif menggunakan telefon bimbit, menurutnya.

Somchai berkata, sejurus selepas serangan bom itu, penyerang tidak dikenali yang bersembunyi di kawasan semak tepi jalan melepaskan tembakan ke arah kenderaan anggota tentera terbabit tetapi serangan itu gagal.

Pihak keselamatan menemui kelongsong peluru AK-47 bertaburan di tepi jalan raya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan di Muang Pattani, seorang penuntut perempuan Prince of Songkla University (PSU) nyaris maut apabila ditembak oleh seorang anggota tentera yang mabuk berikutan kemalangan jalan raya.

Anggota tentera berusia 31 tahun dan berpangkat sarjan sebelum itu sedang memandu kereta dan telah melanggar sebuah motosikal yang terletak di hadapan rumah mahasiswi itu, yang terletak di Jalan Charenpradit kira-kira 200 meter daripada PSU.

Ketua Polis Muang Kol Kirati Waeyusof berkata dalam kejadian 6 petang waktu tempatan itu anggota tentera itu telah melepaskan dua das tembakan ke udara dan satu das ke arah mahasiswi itu tetapi tidak mengenai sasaran.

Ketua Tentera Pasukan Petugas Pattani Mej Jen Jatuporn Kalampasut dalam sidang media hari ini berkata, anggota tentera itu kini ditahan di sebuah kem tentera di Pattani dan akan dikenakan tuduhan cuba membunuh, merosakkan harta-benda awam serta membawa senjata di tempat awam tanpa kebenaran.

Beliau juga akan didakwa meminum minuman keras ketika bercuti. – BERNAMA

Tags: serangan bom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abang Rogol Adik 13 Tahun Hingga Mengandung

Next Post

LHDNM Lancar Operasi Lawatan Banci Bisnes

Related Posts

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

01/10/2022
0

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan meningkat kepada 35 orang....

2 Maut, 38 Cedera Serangan Bom Di Myanmar

02/02/2022
0

YANGON : Dua terkorban, manakala 38 cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan pro-tentera di timur Myanmar semalam, seorang pegawai...

Next Post

LHDNM Lancar Operasi Lawatan Banci Bisnes

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd