• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

287 Jemaah Haji Kerajaan Johor Berlepas

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 287 bakal jemaah haji rombongan kerajaan negeri Johor berlepas menunaikan fardu haji menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini, hari ini.

Kesemua jemaah berlepas menerusi penerbangan KT46 pada 5.45 petang dan dijangka tiba di Jeddah pada 9.35 malam waktu tempatan.

Hadir pada majlis pelepasan, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abdul Mutalip Abd Rahim dan Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz.

Abdul Mutalip dan Mohamad turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah dan menasihati mereka supaya menjaga nama baik negara dengan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Secara keseluruhannya seramai 400 jemaah dipilih mengikuti rombongan kerajaan negeri Johor tahun ini dengan 287 orang berlepas hari ini manakala 113 orang lagi pada esok,” kata Abdul Mutalip yang ditemui pemberita.

Terdahulu, bakal jemaah turut diberikan taklimat berkaitan haji dan keselamatan perjalanan oleh Pembimbing Agama TH Abu Bakar Wataq.

Sementara itu, seorang jemaah, Ahmad Mohd Ali, 65, bersyukur dipilih menunaikan haji dengan rombongan kerajaan negeri walaupun terpaksa berkerusi roda.

Ahmad dari Felda Layang-Layang dekat Kluang berkata dia menyimpan wang selama lima tahun hasil penat jerih sebagai peneroka.

“Saya terpaksa berkerusi roda kerana masih tidak kuat berjalan akibat serangan strok pada 2013.

“Terima kasih kepada kerajaan Johor yang menerima permohonan saya sejak 2011 untuk mengikuti rombongan haji ini. Ikutkan giliran, saya dijadual menunaikan haji pada 2030,” katanya yang menunaikan rukun Islam kelima itu dengan ditemani isteri, Rusnani Johar, 60.

Juruhebah radio Johor FM Saufi Nawawi, 29, pula teruja dapat menunaikan haji buat kali pertama di samping membuat liputan berkaitan ibadat berkenaan.

“Saya mengharapkan doa daripada semua pihak supaya saya dapat beribadat dengan tenang sehingga dijangka pulang pada 26 Sept ini.

“Insya-Allah saya akan menyampaikan perkembangan semasa ibadat haji yang disiar menerusi Johor FM pada 2.15 petang dan 9.45 malam setiap hari,” katanya yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak. – BERNAMA

Tags: Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd