• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

230,000 Tunai Umrah, Pakej Lebih RM1 Bilion

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 230,000 rakyat Malaysia telah menunaikan ibadah umrah sejak November 2016 hingga Jun lepas dengan nilai transaksi jualan pakej umrah dan ziarah dianggarkan melebihi RM1 bilion.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, jumlah tersebut merupakan antara faktor munculnya pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menipu dan memperdaya orang awam melalui pakej penjualan umrah palsu.

“Kementerian tidak akan teragak-agak dalam mengambil tindakan yang keras ke atas kesalahan itu mengikut Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) khususnya yang melibatkan kes penipuan dan penjualan pakej umrah palsu,” katanya pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Mas Ermieyati berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Khairudin Samad berkaitan bentuk kawalan yang diambil pihak kementerian bagi mengatasi masalah kewujudan syarikat pelancongan tidak berdaftar yang menyediakan pakej umrah palsu.

Timbalan menteri itu berkata kementerian turut menubuhkan badan bertindak khusus bagi menangani isu berkaitan umrah iaitu Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang ditubuhkan pada 20 Ogos 2014 bersama 13 anggota daripada kementerian sendiri, agensi dan jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan serta persatuan industri pelancongan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati Samsudinkementumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd