• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

200 Peniaga Bazar Siti Fatimah Gulung Tikar

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG – Lebih 200 peniaga di Bazar Siti Fatimah terpaksa tutup kedai kerana tidak mampu membayar sewa akibat kekurangan pelanggan.

Bazar terbabit yang memiliki lebih 517 premis dibuka setiap hari namun kelihatan suram dan sunyi tanpa pengunjung walaupun pada cuti umum atau hujung minggu.

Peniaga, Fatimah Seman, 63, sedih dan kecewa dengan nasib peniaga di situ yang tidak mampu membayar sewa kerana ketiadaan pelanggan.

“Saya risau premis jualan saya berkemungkinan disita. Sekarang ini sudah hampir empat bulan saya tidak membayar sewa kerana langsung tidak mendapat keuntungan daripada hasil jualan, malah ada peniaga lain tertunggak sehingga sembilan bulan.

“Bukan kami tidak mahu membayar sewa tetapi hanya berapa orang saja pelanggan yang datang. Dalam seminggu, saya hanya mampu menjual tiga helai baju, jadi macam mana saya mampu membayar sewa RM280 sebulan,” katanya yang sudah berniaga sejak lebih 40 tahun di pekan Rantau Panjang.

Bangunan tiga tingkat Bazar Siti Fatimah mula beroperasi Jun 2015 bagi menggantikan pasar lama Rantau Panjang yang sudah dirobohkan.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Suzilawati Shafie, 40, turut berkongsi masalahnya yang pernah tidak menerima pelanggan hampir seminggu kerana premisnya berada di tingkat dua.

“Bagi peniaga yang menjual makanan, kebanyakannya mengalami masalah barang jualan rosak akibat terlalu lama terbiar dan tidak terjual,” katanya yang sebelum ini berniaga di pasar lama sebelum berpindah ke Bazar Siti Fatimah atas arahan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar Siti Fatimah, Zamri Idris, berkata pihaknya sudah beberapa kali membuat aduan kepada MDPM berkaitan masalah yang dihadapi peniaga di situ.

Katanya, dia turut membuat permohonan agar dapat mengurangkan kadar bayaran sewa sebanyak 20 sehingga 50 peratus dari kadar asal kerana tidak ramai pelanggan ke bazar itu. – BH Online

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: peniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd