• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Skuasy Myanmar Tarik Diri Acara Beregu Wanita

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemain skuasy Myanmar yang terlibat dalam kemalangan dua bas pagi tadi menarik diri daripada pertandingan acara beregu wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini.

Susulan kemalangan melibatkan skuad skuasy Myanmar, Thailand dan Filipina itu, jadual perlawanan yang sepatutnya bermula pada 9 pagi tadi diubah ke 4 petang.

Setiausaha Jawatankuasa Sukan dan Teknikal MASOC (Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-29), Datuk Low Beng Choo berkata kedua-dua pemain itu tidak cedera teruk namun mereka masih lagi dalam pemantauan doktor.

“Mereka tidak mengalami kecederaan serius. Mereka juga telah diletakkan di bawah pemantauan pihak fisiologi dan saya harap mereka dapat beraksi semula dalam acara lain di KL2017.

“Kita baru habis mesyuarat dengan semua pengurus pasukan. Mereka setuju untuk habiskan kesemua perlawanan hari ini dan esok perlawanan akan ditunda selama satu jam,” kata Low selepas mesyuarat itu.

Pengurus pasukan skuasy Myanmar Thant Kyaw berkata terdapat 10 pemain dalam bas itu termasuk dua yang tercedera dalam nahas berkenaan. Mereka adalah Aye Aye Thin dan Ei Ei Pyone.

Kedua-dua mereka menarik diri daripada acara beregu wanita dan akan digantikan bagi acara beregu campuran.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Nadzri Hussain berkata kemalangan dua bas yang membawa atlet tiga negara berkenaan berlaku pada kira-kira 7.50 pagi dekat Tol Sungai Besi menghala ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Kejadian dipercayai berlaku apabila satu daripada bas itu membrek secara mengejut untuk mengelak sebuah motosikal.

Pertandingan skuasy bermula hari ini sehingga 29 Ogos di Pusat Skuasy Nasional, Kompleks Sukan Negara, Bandar Sukan Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: kemalanganSukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd