• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Jemaah Haji Malaysia ‘Ditahan’ Di Makkah Tapi…

oleh
06/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Dua jemaah haji Malaysia kecut perut apabila ‘dicekup’ pihak berkuasa Arab Saudi di Masjidilharam di sini semalam hingga mencetuskan suasana gempar tetapi ada cerita di sebaliknya.

Mereka sebenarnya bertuah apabila dipilih secara rawak daripada ratusan ribu jemaah lain untuk menerima hadiah dan penghargaan khas daripada imam masjid paling suci umat Islam itu, Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais.

Majlis ringkas penyampaian cenderamata kepada kumpulan jemaah tersebut diadakan di Masjidilharam dengan kesemua penerima penghargaan itu masing-masing mendapat senaskah al-Quran, sejadah dan air zamzam.

Mohamad Khair Jamaen, 48; dari Negeri Sembilan dan Wan Suhaimi Wan Ab. Hamid, 43; dari Kelantan dipilih secara rambang bersama-sama dengan lapan jemaah haji dari negara lain untuk menerima penghargaan berkenaan.

“Pihak berkuasa Arab Saudi tiba-tiba menarik saya semasa saya sedang hendak memulakan solat fardu Maghrib di dalam masjid. Saya tidak tahu apa kesilapan yang telah saya buat. Saya kemudian menjadi takut.

“Saya bersyukur, rupa-rupanya saya insan bertuah kerana diberi penghargaan ini,” kata Mohamad Khair selepas menerima penghargaan itu kepada sekumpulan wartawan Malaysia di Masjidilharam, di sini semalam.

Suhaimi Wan Ab. Hamid menerima hadiah dari Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais

Dia bersama-sama dengan sembilan lagi jemaah haji kemudian telah dibawa ke satu kawasan berkarpet dan berpagar khas untuk melakukan solat Maghrib di situ, tanpa mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Wartawan Malaysia, Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia); Ahmad Lokman Mansor (New Straits Times), Elmi Rizal Elias (Bernama) dan Nasharuddin Muhammad (Harian Metro) berpeluang menyaksikan majlis itu.

Sementara itu, Wan Suhaimi yang terpisah dengan isterinya sendiri, Nadzrimah Moktar, 40; malahan gagal pula menghubunginya melalui telefon kerana ‘ditahan’ pihak berkuasa, dalam majlis bersejarah tersebut.

“Saya terkejut apabila ditahan tanpa sebab tetapi akhirnya saya bersyukur kerana diberi penghargaan ini. Saya berpeluang bertemu dan bersalam sendiri dengan Imam Masjidil Haram,” kata beliau sambil tersenyum.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web rasmi Masjidilharam, pemberian hadiah itu adalah sebahagian daripada kempen “berkhidmat untuk jemaah haji adalah satu penghormatan bagi kami”.

Dianggarkan lebih separuh daripada 30,200 jemaah haji Malaysia sudah pun berada di Tanah Suci untuk musim kali ini iaitu pertambahan berbanding hanya 27,900 jemaah pada musim sebelumnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jemaah hajiMakkahmasjidil haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd