• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beranak Ditahan Miliki 500 Kg Daun Ketum

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Polis menahan dua beranak selepas menjumpai 500 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM20,000 dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditahan di KM 41 Jalan Gerik-Jeli, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita berumur 44 tahun serta anak perempuannya berumur 16 tahun ditahan setelah kereta Toyota Alphard yang dipandu  seorang  lelaki  terbabas pada pukul 6.15 pagi.

Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda  mengarahkan lelaki terbabit memberhentikan kenderaannya, namun suspek enggan berbuat demikian.

“Kenderaan MPV itu terus memecut laju menghala ke Jeli sehingga menyebabkannya terbabas. Dua wanita yang keluar dari kenderaan itu ditahan manakala pemandunya melarikan diri ke dalam hutan,” katanya  dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menjumpai 15 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum di bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu.

Mohd Sohaimi berkata wanita berkenaan yang tidak mempunyai rekod  jenayah  lampau memberitahu polis bahawa dia yang baru mengenali lelaki terbabit diajak ke Sik, Kedah untuk mengambil daun ketum dengan dibayar upah RM200.

“Wanita terbabit direman seminggu sehingga Khamis ini manakala anaknya yang masih bersekolah telah dibebaskan dengan ikat jamin,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau boleh didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan serta Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau didenda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Sohaimi berkata polis sedang mengesan suspek lelaki itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentangnya diminta melaporkannya di balai polis berhampiran.

Katanya polis telah merampas 407 kg daum ketum membabitkan 10 kes dalam tempoh tujuh bulan sejak Januari tahun ini manakala 333 kg daun ketum dirampas membabitkan enam kes dalam tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Daun Ketum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluar Makan Sama, Peminat Doa Adam-Fatin Rujuk

Next Post

CEO Rapid Penang Hadapi 41 Pertuduhan Rasuah

Related Posts

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

26/03/2023
0

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal...

Lelaki Thai Cuba Seludup Keluar Minyak Masak Bersubsidi Ditahan

16/05/2022
0

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih kurang 780 kilogram (kg) daun ketum dan 150...

Next Post

CEO Rapid Penang Hadapi 41 Pertuduhan Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd