• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,438 Anak Penyu Dilepaskan Ke Pantai Paka

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Bagaikan pesta! Suasana di pantai Paka di sini yang biasanya sunyi dan lengang bertukar meriah apabila lebih 1,500 pengunjung hadir menyaksikan program pelepasan 1,438 ekor anak penyu petang tadi.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai mula berkumpul di persekitaran pantai itu seawal pukul 5 petang untuk bersama-sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu selepas mendapat maklumat mengenainya daripada pengurusan sebuah resort di sini sejak beberapa hari lepas.

Seorang kakitangan swasta, Azizuddin Ismail, 47, berkata beliau membawa tiga anaknya untuk melihat sendiri proses pelepasan penyu itu agar mereka lebih menghargai kewujudan haiwan istimewa itu yang semakin terancam.

“Kami tidak pernah menyaksikan proses ini. Jadi bila dapat tahu ada program pelepasan anak penyu, saya terus merancang untuk melihatnya dengan keluarga.

“Tak sangka pula begitu ramai orang hadir hari ini sehingga bersesak-sesak, namun kami semua seronok apabila dapat melihat anak-anak penyu ini dengan jarak dekat. Kami tidak akan lupakan kenangan manis ini,” katanya.

Pelepasan anak penyu itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Ismail Abu Hasan. Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali.

Sementara itu, Zawawi berkata kesemua 1,438 anak penyu berusia dua hari itu diambil dari tiga pusat penetasan iaitu di Mak Kepit, Pulau Redang; Geliga dan Ma Daerah di Kemaman.

“Namun, hanya satu peratus sahaja dijangka dapat terus membesar dengan selamat yang mana 99 peratus lagi akan mati disebabkan terlalu banyak ancaman di laut.

“Ini adalah kali pertama program pelepasan anak penyu diadakan di daerah ini untuk tahun 2017 dan sambutannya sangat memberangsangkan yang mana kita lihat pengunjung begitu teruja melihat anak penyu tersebut.

“Program seperti ini diharap dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran orang ramai untuk menjaga alam sekitar khususnya di perairan pantai agar khazanah ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: penyu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd