• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,214 Sekolah Laksana Program Dwibahasa

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,214 sekolah di seluruh negara memilih untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) yang mengukuhkan Bahasa Inggeris berasaskan pilihan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata jumlah itu melibatkan 394 sekolah luar bandar yang terdiri daripada 218 sekolah rendah dan 176 sekolah menengah.

“Di kawasan bandar pula, DLP dijalankan di 367 sekolah rendah dan 453 sekolah menengah,” katanya ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH-Kuala Krai) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kamalanathan berkata antara kriteria bagi pelaksanaan DLP adalah sekolah mempunyai sumber yang mencukupi, pengetua/guru besar bersedia melaksanakan DLP, permintaan dan sokongan daripada ibu bapa dan pencapaian sekolah dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

DLP memberi pilihan kepada sekolah yang menyertainya untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, selain Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

Menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hatta, Kamalanathan berkata pada masa ini, seramai 2,792 guru sedang mengikuti kursus dalam talian bagi memberi sokongan kecekapan dan pengajaran DLP supaya lebih berkesan.

“Ia membabitkan seramai 1,204 guru sekolah rendah dan 1,588 guru sekolah menengah,” katanya. – BERNAMA

Tags: P.KamalanathanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd