• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zambry Nafi ADUN Kubu Gajah Mahu Lompat Parti

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menyangkal desas-desus Anggota Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana mahu menyertai parti lain.

Sebaliknya kata Zambry beliau difahamkan wakil rakyat itu masih sayangkan UMNO namun mahu bersara.

“Beliau tidak memaklumkan kepada saya secara rasmi, cuma beliau memikirkan masa untuk berkhidmat sudah sampai ke penghujungnya… seperti saya umumkan sebelum ini ada dalam kalangan Ahli Berhormat menyatakan hasrat untuk tidak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas bersiaran secara langsung menerusi Radio PerakFM, di sini hari ini.

Ditanya sama ada Barisan Nasional akan memujuk Ahmad Hasbullah agar mengubah keputusannya  memandangkan beliau calon popular, Zambry berkata pihaknya akan menimbang perkara itu dari semua aspek.

“Saya tidak boleh komen kerana saya belum berjumpa dengan dia tetapi kita akan melihat dari semua aspek. Apa yang lebih penting ialah dia sudah menyatakan hasratnya dan kita berterima kasih atas perkara itu,” katanya.

Semalam, Ahmad Hasbullah, 51,  menyatakan keputusannya untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ingin memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk bertanding.

Ahmad Hasbullah yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah sejak PRU-13 berkata setakat ini beliau tidak mempunyai perancangan dan akan berehat seketika.

– BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd