• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Yang Kutuk Tu Entah-Entah Menyanyi Sekali’ – DSV

oleh AK-47
26/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUTAWAN kosmetik Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) akui tidak ambil pusing apabila ada segelintir masyarakat memperlekeh dan mempermainkan lagu nyanyiannya, I Am Me.

DSV juga tidak terasa hati apabila lirik single sulungnya itu ditukar kepada bahan jenaka seperti ‘ayam mee’.

Bagi wanita yang sentiasa positif ini, dia tahu bukan semua orang suka atau berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukannya, jadi beliau memilih untuk meneruskan cita-citanya bergelar penyanyi.

“Memang sukar untuk memuaskan hati semua orang. Saya tiada masa untuk melayan segala kritikan negatif. Kalau nak ambil pusing kata-kata orang, saya takkan berada di sini.

“Saya percaya yang mengutuk itu sebenarnya sukakan lagu ini. Entah-entah dalam diam sama-sama menyanyi lagu I Am Me,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Dalam masa sama, dia bersyukur video lirik rasmi lagu karya Edry KRU itu kini sudah ditonton lebih 2.3 juta kali di YouTube.

“Ini sungguh luar biasa. Dalam masa seminggu saja video lagu ini sudah ditonton lebih 2.3 juta kali. Boleh saya katakan, lagu ini antara gelombang baru yang pantas mendapat tempat di hati pendengar.

“Saya sangat teruja dan seronok melihat ramai yang menyanyikan lagu saya, malah muncul pelbagai video parodi I Am Me di media sosial.

“Bagi saya, matlamat saya untuk memastikan lagu ini menjadi siulan ramai tercapai. Saya juga berharap lagu ini mencuri tumpuan dan tular di luar negara,” katanya.-MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Vida
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd