• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Obor KL2017 sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN Kesembilan 2017 (KL2017) akan terbang ke udara melalui Wau Bulan Gergasi, sebagai simbolik penerimaan obor dalam larian siri jelajahnya di Kelantan, Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohd Nadzri Yaacob berkata wau bulan gergasi berukuran 3.048mx3.048m (10×10 kaki) persegi akan digunakan bagi menaikkan obor berkenaan dalam satu acara yang akan berlangsung di Pantai Irama, Bachok.

“Sebanyak 29 wau bulan bersaiz kecil akan turut mengiringi wau gergasi itu pada majlis berkenaan,” katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran Larian Obor Sukan SEA ke-29 dan Program Fit Malaysia peringkat negeri Kelantan 2017 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nadzri berkata larian obor berkenaan di Kelantan akan membabitkan jarak sejauh 300km meliputi enam jajahan iaitu Jeli, Tanah Merah, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sebelum ia diserahkan kepada wakil dari Terengganu.

Katanya, obor tersebut dijangka tiba di Jeli dari Perak pada Khamis ini sebelum gimik perasmian pelancarannya dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Sabtu ini.

“Sempena majlis pelancaran itu, program  kecergasan Fit Malaysia akan turut diadakan membabitkan dua acara iaitu larian sejauh 5km dan 10km dan berbasikal (10km dan 30km), “ katanya. – BERNAMA

Tags: Larian Baton KL 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Next Post

Pengguna Perlu Berhati-Hati Masuk, Keluar Tren LRT

Related Posts

Larian Obor KL2017 Kini Di Johor

14/05/2017
0

JOHOR BAHRU - Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Para Asean ke-9 hari ini...

Larian Baton KL 2017 Praakhir Di Jakarta Selesai

30/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Larian Baton Bangkit Bersama Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sampai ke...

Next Post

Pengguna Perlu Berhati-Hati Masuk, Keluar Tren LRT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd