• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Emas Hilang Di Hutan Ditemui Selamat

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di dalam hutan berhampiran Jalan Deshon di sini setelah keluar mencari sayuran hutan lewat petang semalam ditemui selamat pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, mangsa dikenali sebagai Lau Hie Ming berusia lingkungan 70-an, dijumpai dalam keadaan letih dan tidak bermaya kira-kira 300 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Laporan kehilangan warga emas terbabit dibuat keluarganya kira-kira 7.19 malam tadi dan pasukan dari Balai Bomba Sungai Merah dengan kekuatan 10 anggota diketuai Ketua Balainya, Alimat Sam digerakkan ke lokasi kejadian namun gagal menemuinya.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8.30 pagi tadi dan mangsa berjaya ditemui sejam kemudian.

Wanita itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan dibawa keluar dari hutan pukul 9.57 pagi dan diserahkan kepada pasukan paramedik dari Hospital Sibu untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: HILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd