Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Perak Belum Lantik Syarikat...

IPOH - Kerajaan negeri ketika ini masih belum membuat sebarang ketetapan untuk melantik...

Melecur Demi Selamatkan Jiran...

ALOR SETAR - Seorang wanita melecur pada muka ketika menyelamatkan jirannya yang berusia...

Gadis Siam Lunyai Digasak...

SEORANG wanita Thailand dibogelkan secara paksa dan dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan oleh...

Penduduk Kampung Lukut, Johor...

KOTA TINGGI – Penduduk Kampung Lukut di sini hidup dalam kebimbangan sejak terdapat...

Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK

TANJONG KARANG – Wanita UMNO terutama di kawasan luar bandar boleh menjadi mata dan telinga kerajaan bagi menangani pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sehubungan itu, Wanita UMNO digalakkan menganggotai Friends of KPDNKK agar mereka boleh menyampaikan maklumat mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Penyertaan Wanita UMNO sebagai Friends of KPDNKK penting bagi kami mengawasi harga barangan keperluan harian dengan lebih kerap, secara tidak langsung mereka turut menjadi medium penghubung bagi masyarakat untuk menyalurkan aduan.

“Mereka boleh menyampaikan aduan bersama bukti jika mendapati ada peniaga yang menaikkan barangan sesuka hati kepada kementerian dan kami akan menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Hamzah turut menerima kira-kira 2,500 borang keanggotaan Friends Of KPDNKK daripada Wanita UMNO Tanjong Karang.


Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjung Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof.

Hamzah berkata dalam tempoh sebulan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara berlangsung, pihaknya telah menerima kira-kira 100,000 penyertaan daripada anggota Wanita UMNO.

“Sambutan yang kami terima daripada Wanita UMNO amat bagus, saya percaya sasaran seramai 500,000 anggota Friends Of KPDNKK untuk tahun ini dapat dicapai, ” katanya. – BERNAMA

Kategori