• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditipu RM100k Beli 40 Coli, Seluar Dalam Sakti

oleh
20/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang wanita dari wilayah tengah China ditipu sebanyak 168,000 yuan (RM106,421) apabila terpedaya membeli lebih 40 set pakaian dalam yang konon ada ‘kuasa sakti’ jika dipakai.

Menurut laporan media tempatan, kes pelik itu berlaku apabila bekas pengurus sebuah kedai snek yang berusia 35 tahun bernama Li, dari Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, berkawan dengan seorang pelanggannya bernama Wei.

Selepas mula berkenalan pada akhir tahun lalu, mereka bersahabat baik selama beberapa bulan sebelum Wei kemudian menjemput Li melawat sebuah klinik kesihatan dan kecantikan di wilayah Hanyang baru-baru ini.

Mereka turut ditemani seorang lagi wanita tempatan bernama Ou. Semasa berada di sana, Wei dan Ou memberitahu Li bahawa klinik itu menggunakan teknik perubatan lama Cina untuk meningkatkan aliran darah dalam badan.

Ia supaya dapat membantu seseorang wanita itu kekal muda, lapor akhbar Chutian Metropolis Daily. Dengan bantuan seorang pekerja, mereka meyakinkan Li untuk bayar 8,000 yuan (RM5,067) bagi satu set pakaian dalam.

Mereka bahkan mendakwa ia dilengkapi dengan ‘teknologi khas’ yang boleh menghasilkan semula kaedah rawatan rahsia klinik berkenaan untuk wanita berusia lanjut dapat kekal awet muda, tambah laporan media tersebut.

Dengan jualan itu dijamin, Wei dan Ou kemudian meyakinkan Li untuk membuka sebuah kedai pakaian dalam sendiri, yang dikatakan mampu membuahkan hasil mewah kerana keunikan produk coli dan seluar dalamnya.

Li yang dikatakan agak terpedaya akhirnya telah memberi lebih 160,000 yuan (RM101,354) untuk memborong lebih 40 set pakaian dalam wanita ‘sakti’ tersebut sebagai stok kedainya, menurut laporan akhbar berkenaan lagi.

Bagaimanapun, Li tidak dapat jual kesemua pakaian dalam itu dan selepas tiga bulan mencuba, mangsa baru sedar bahawa dia sebenarnya ditipu dan busana tersebut tiada apa-apa keistimewaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video di bawah sekadar hiasan

Tags: coliseluar dalam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

20/08/2024
0

MUAR - Seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencuri coli pada Sabtu lalu....

Suspek Curi Seluar Dalam Maut Kemalangan

22/01/2019
0

SEORANG suspek pencuri seluar dalam maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebatang pokok di tepi jalan Chon Buri di Thailand...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd