• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMK Disaran Kaji Warisan Budaya Melayu Kelantan

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) disaran melakukan penyelidikan terhadap warisan budaya masyarakat Melayu di negeri ini supaya ia menjadi sumber baharu bagi menambah pendapatan penduduk.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata antara warisan yang boleh dikomersilkan ialah makanan tradisional seperti nasi kerabu, nasi dagang dan pelbagai kuih-muih.

“Produk-produk itu perlu dibuat kajian bagaimana ia dihasilkan dan boleh dikomersilkan supaya lebih menarik dan tahan lebih lama serta mampu bersaing di pasaran sekurang-kurangnya di dalam negara,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri universiti itu di sini, hari ini.

Hamad Kama Piah berkata peningkatan bilangan pelajar universiti itu melebihi 12,000 orang setakat ini, menjadikan Kelantan lebih kompetitif untuk mengetengahkan produk-produk warisan kepada pelajar yang datang dari luar Kelantan.

Beliau berharap penyelidik universiti itu dapat bekerjasama dengan penduduk menerusi penghasilan produk-produk warisan berkenaan bagi merealisasikan cadangan itu.

Turut hadir bersama lebih 1,000 tetamu pada majlis itu ialah Naib Canselor UMK Prof. Datuk Mortaza Mohamad. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Hamad Kama Piah Che OthmanUMK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mini Konvokesyen UMK Penuhi Hajat Graduan Dalam Wad

13/12/2018
0

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memenuhi hajat seorang graduan untuk menyarung jubah konvokesyennya dengan mengadakan Majlis Khas Penyampaian...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd