• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulat Tiket Ditahan Halang Penguat Kuasa SPAD

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dipercayai ulat tiket ditahan kerana menghalang anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjalankan operasi di Terminal Bas Sungai Nibong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam, sepasukan penguat kuasa SPAD yang menjalankan Operasi Parasit di terminal berkenaan dihalang lelaki berusia 25 tahun itu.

“SPAD menjalankan operasi membanteras geng ulat tiket di terminal itu dan tiba-tiba lelaki berkenaan yang dipercayai ulat tiket di situ, bertindak menghalang mereka,” katanya di sini hari ini.

Katanya lelaki itu dikatakan bertindak sedemikian selepas berang kerana penguat kuasa SPAD cuba menahan beberapa ulat tiket yang beroperasi di situ.

Beliau berkata suspek itu turut membuat laporan polis mendakwa dipukul penguat kuasa SPAD bagaimanapun berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian tersebut tidak berlaku.

Anuar berkata lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Insiden itu turut menyebabkan berlaku kekecohan di Terminal Bas Sungai Nibong sehingga memaksa polis membuat pemantauan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan dua lelaki berusia 30 dan 57 tahun kerana terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal di sekitar daerah berkenaan dalam serbuan berasingan semalam dan Khamis.

Katanya susulan penahanan mereka, polis merampas beberapa komponen motosikal yang telah dileraikan, rangka kenderaan itu serta dua motosikal yang dilaporkan dicuri sebelum ini.

“Modus operandi mereka ialah mencuri motosikal yang diletakkan di tempat parkir pasar raya sebelum meleraikan komponennya dan menjual dengan harga murah,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd