• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UCAM Teraju Bantu Golongan Gelandangan

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan kerjasama RISDA akan menerajui program untuk membantu golongan gelandangan di seluruh Malaysia bermula tahun ini.

Sejumlah RM10,000 telah disumbangkan oleh RISDA untuk menjayakan Program Jejak Gelandangan  di lima rumah gelandangan di seluruh Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pengarah UCAM, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh berkata pihaknya bertungkus lumus untuk membantu golongan gelandangan di rumah Anjung Singgah dan sekitar Chow Kit dan Pudu di sini.

Katanya, langkah yang diambil dapat membantu golongan tersebut yang memerlukan bantuan tempat tinggal dan sara hidup untuk menjalani kehidupan yang lebih baik apabila mereka mendapat tempat tinggal sendiri.

“Melalui sumbangan yang diberikan RISDA, pihak kami dapat memberi bantuan kelengkapan seperti pek makanan kering dan keperluan kebersihan diri selaras dengan objektif tanggungjawab sosial korporat UCAM”, katanya pada majlis pelancaran Program Jejak Gelandangan di Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu, di sini hari ini.

Mengulas mengenai program tersebut, bantuan tambahan turut diberikan dalam bentuk latihan kemahiran bagi meningkatkan peluang pekerjaan bagi golongan gelandangan.

Dari segi bilangan kes gelandangan, sebanyak 4,000 kes dilaporkan Yayasan Kebajikan Negara dan daripada jumlah tersebut, 2,000 kes dilaporkan di Anjung Singgah Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Rafek Reshidullah; dan Naib Canselor UCAM, Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd. Rashid. – BERNAMA

Tags: UCAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd