• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trilateral Air Patrol Dilancar Di Pangkalan Subang

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Trilateral Air Patrol (TAP) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina di Laut Sulu dijangka dilancarkan di Pangkalan Udara Subang dekat sini, tahun ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata TAP adalah antara inisiatif yang dilaksanakan bagi memperkasa pengawasan keselamatan dan kesiapsiagaan ruang udara dan maritim.

“Pelaksanaan TAP susulan pelaksanaan Trilateral Maritime Patrol (TMP) Indomalphi bagi memerangi keganasan. TMP bertujuan memastikan anggota militan termasuk militan Daesh tidak menjadikan Laut Sulu sebagai laluan tikus untuk menceroboh masuk ke tiga negara ini serta bagi menangani aktiviti lanun, penculikan dan rompakan bersenjata di perairan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata beliau sentiasa berhubung dengan rakan-rakan sejawatan dari negara-negara ASEAN bagi membincangkan strategi dan pendekatan terbaik untuk memerangi kumpulan Daesh.

“Saya telah menghubungi rakan sejawatan saya dari Filipina iaitu Delfin Negrillo Lorenzana bagi menyatakan kesanggupan Malaysia untuk membantu Filipina dalam apa jua cara dan keadaan yang ketika ini berhadapan dengan ancaman keganasan,” katanya.

Hishammuddin berkata beliau akan menghubungi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jeneral James Mattis pada Khamis ini bagi membincangkan perkembangan terkini kegiatan kumpulan militan Daesh di Timur Tengah.

“Saya sentiasa memantau secara dekat perkembangan kegiatan kumpulan militan khususnya Daesh di Timur Tengah. Ini kerana, situasi yang berlaku di Timur Tengah mampu memberi kesan besar kepada keselamatan negara dan rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau akan mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara di Timur Tengah dalam masa terdekat khususnya di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

“Ini bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi di Timur Tengah selain berkongsi pandangan berhubung pendekatan terbaik bagi menangani ancaman kumpulan Daesh.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Menteri Pertahanan Arab Saudi, Mohammad bin Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi membincangkan penubuhan King Salman Centre For International Peace di Kuala Lumpur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd