• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Hujung Syawal Lemas Terjatuh Di Kolam Terbiar

oleh
16/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJELANG akhir bulan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari lagi, pasti ramai kalangan kita yang masih bersuka ria menyambut bulan kegembiraan ini.

Bagaimanapun, malang bagi adik Nur Damia Nadhirah Shahrudin, 5 tahun; yang ditemui mati lemas di sebuah kolam terbiar dekat Kampung Sena, Kuala Nerang, Kedah.

Mayat kanak kanak malang itu dijumpai oleh orang awam yang kebetulan ternampak dua jasad kanak-kanak terapung di kolam tersebut. Mangsa ditemui kira kira pukul 6:50 petang semalam.

Bersama-sama mangsa, rakan sebayanya, Muhamad Rusyaidi Mohamad Na’am yang juga anak saudara pelakon terkenal, Hairee Othman, pula ditemui tidak sedarkan diri.

Jelas pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Amran @ Mohamad Zaki Omar, pihaknya telah menerima laporan petang semalam selepas orang awam terjumpa dua orang kanak-kanak tersebut.

Kedua-dua mangsa telah pun dihantar ke Hospital Kuala Nerang sebelum proses bedah siasat dilakukan di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Pihak polis kemudian telah membuat siasatan lanjut dan kes menyayat hati itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kepada kesemua ibu bapa, sentiasalah awasi pergerakan anak-anak anda. Kerana malang tidak berbau dan apa-apa sahaja boleh berlaku kepada anak kecil kita.

Semua ibu bapa pasti sayangkan anak-anak, tatanglah mereka bagaikan inyak yang penuh sehingga mereka dewasa kelak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Tags: kolamlemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd