• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Usul Bahas Perjanjian Perdagangan Karbon

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini menolak usul yang dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kecik (BN-Bukit Bunga) bagi membahaskan isu perjanjian perdagangan karbon antara kerajaan negeri dengan syarikat Climate Protector Sdn Bhd.

Speaker Datuk Abdullah Ya’kub ketika memutuskan perkara itu berkata walaupun isu berkenaan adalah perkara tertentu dan berkepentingan awam, namun ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan.

“Saya dimaklumkan kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu… dengan itu saya menolak usul ini,” katanya pada persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Adhan ketika mengemukakan usul berkenaan mencadangkan agar kerajaan negeri menangguhkan perjanjian dengan syarikat tersebut tanpa perlu menunggu tempoh kajian selama dua tahun yang dicadangkan oleh kerajaan negeri selesai.

Mohd Adhan ketika ditemui di luar dewan menzahirkan rasa kesal usul itu ditolak, menegaskan usul itu dibawa selepas mendapati perjanjian yang ditandatangani pada tahun lepas amat meragukan.

“Pada sidang DUN Mac lepas saya juga telah mengemukakan soalan sama dan kerajaan negeri melalui Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) sendiri memberikan jawapan bahawa mereka telah melakukan apa yang patut seperti kajian kemungkinan dan lain-lain.

“Mereka (kerajaan negeri) yakin syarikat ini akan membawa hasil kepada kerajaan negeri sehingga di dalam bajet pada tahun lepas, mereka menjangkakan pulangan sebanyak RM50 juta akan diraih daripada usaha ini tetapi sehingga sekarang pun kita tak nampak apa-apa hasil yang dapat disumbangkan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Mohd Adhan berkata jika usul berkenaan dibenarkan untuk dibahaskan, beliau akan memberi cadangan supaya kerajaan negeri menangguhkan kewajipan mereka untuk meneruskan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian tersebut sehingga kerajaan negeri membuat kajian yang sewajarnya.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa mendakwa kerajaan Kelantan meluluskan sejuta ekar (404,685 hektar) hutan simpan kekal kepada syarikat Climate Protector Sdn Bhd untuk pelaksanaan projek itu.

Husam turut mempersoalkan kelayakan syarikat itu untuk menguruskan perdagangan karbon dengan kerajaan negeri Kelantan yang didakwa tidak mendapat kelulusan Bank Negara untuk beroperasi. – BERNAMA

Tags: Dun KelantanSpeaker Datuk Abdullah Ya’kub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Libatkan Orang Asli Pemuliharaan Harimau Malaya

Next Post

Jabatan Kesihatan Kesan Lokasi Dikunjungi Thaqif

Related Posts

Kamu Siapa Fahmi? Jangan celupar!

Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM

11/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Jumaat...

DUN Kelantan Pertahan Kuasa Negeri Gubal Kesalahan Hukum Syarak

DUN Kelantan Pertahan Kuasa Negeri Gubal Kesalahan Hukum Syarak

27/11/2023
0

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara mempertahankan kuasa dewan itu dalam menggubal kesalahan berkenaan hukum syarak termasuk Enakmen Kanun...

Next Post

Jabatan Kesihatan Kesan Lokasi Dikunjungi Thaqif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd