• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan

oleh Ahmad Albab
12/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memerangi keganasan demi mencapai objektif bersama ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan untuk semua, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, selain berkongsi kepentingan dan nilai-nilai, yang amat penting pada masa ini ialah kedua-dua negara berkongsi komitmen untuk memerangi ekstremisme dan menumpaskan keganasan walau di mana ia bertapak.

Beliau berkata AS menjadikan usaha mengekang keganasan sebagai satu daripada keutamaannya sambil menegaskan AS mendapati bahawa tidak ada negara sekutu yang begitu menunjukkan kesungguhan dan lebih dipercayai dalam kempen ini selain Malaysia.

“Walaupun kami bernasib baik kerana tidak pernah mengalami serangan pengganas Daesh atau berkaitan Al Qaeda yang membunuh begitu ramai mangsa di Amerika, kita tidak kebal.

“Serangan pertama berkaitan Daesh yang berjaya berlaku di luar Kuala Lumpur pada Jun 2016. Lapan orang cedera, tiada yang maut. Tetapi itu bukan kerana mahu mencuba,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia sempena sambutan 60 tahun Amerika Syarikat-Malaysia di sini.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir Min, Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib seterusnya berkata, perkhidmatan keselamatan Malaysia telah berjaya mematahkan banyak komplot dan layak diberi setinggi-tinggi pujian atas usaha tanpa mengenal erti penat walaupun kebanyakan kejayaan itu tidak didendang tetapi dapat memastikan rakyat selamat dan terjamin.

“Kaedah yang digunakan AS dan program deradikalisasi kami yang sangat produktif dalam pemulihan ekstremis dengan kadar kejayaan lebih 90 peratus, adalah model bagi negara-negara di seluruh dunia.

Najib juga berkata komitmen Malaysia kepada kesederhanaan juga telah diiktiraf di peringkat tertinggi antarabangsa yang menubuhkan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, konsep Wasatiyyah, dan penubuhan Pusat keamanan Atarabangsa Raja Salman di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd