Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tukang Masak Didakwa Bunuh...

TAIPING - Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Ketepi Ideologi, Pemimpin Politik...

Walaupun berbeza pendirian, namun pemergian tokoh terkemuka PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat...

6,623 Kes Baru Covid-19,...

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 6,623 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes...

Nafi Pelantikan Human Voyage...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan...

Tindakan Tegas Jika Guru Terlibat Pengganas Daesh

SEREMBAN – Guru-guru berdepan tindakan undang-undang jika didapati menyokong atau melakukan kegiatan membabitkan kumpulan pengganas Daesh, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga akan mengambil tindakan serta-merta sekiranya mendapati guru mempunyai kecenderungan menyokong kumpulan pengganas itu.

“Saya memberi amaran kepada semua guru di bawah Kementerian Pendidikan supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan kumpulan pengganas Daesh. Oleh itu, jangan menyalahgunakan kemudahan media sosial,” katanya pada sidang media selepas Program Jelajah Pendidikan 2017 Kementerian Pendidikan di sini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Rusni Ab. Jalil.


Chong ditanya tentang penglibatan guru dalam kegiatan itu berikutan seorang warga pendidik didakwa di mahkamah berkaitan kes Daesh tahun lepas.

Mengenai Program Jelajah Pendidikan 2017 itu, beliau berkata ia memberi peluang kepada kementerian untuk mendekati masyarakat dengan berkongsi kejayaan serta mendapatkan maklum balas berhubung usaha kementerian meningkatkan akses pendidikan berkualiti. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

Kategori