• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket Sukan SEA Dijual RM10 – RM20, Percuma 32 Acara

oleh Ahmad Albab
04/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiket bagi menyaksikan beberapa acara Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mula dijual hari ini.

Tiket berharga antara RM10 hingga RM20 dijual secara atas talian di www.kualalumpur2017.com.my manakala penjualan di beberapa pusat jualan akan dimaklumkan kemudian.

Sebanyak 19 acara sahaja memerlukan tiket termasuk upacara pembukaan dan penutup yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata inisiatif penjualan tiket dilakukan kerana adanya had kapasiti di sesetengah lokasi pertandingan dan ia menjadi mekanisme untuk kawal kehadiran penonton secara lebih sistematik.

Tiket Sukan SEA Dijual RM10 - RM20, Percuma 32 Acara

“Kami menyedari akan keperluan untuk memastikan kehadiran penonton terutamanya bagi acara yang dianggap sebagai mempunyai permintaan tinggi atau digemari ramai, dapat diatur dengan lebih sistematik dan terkawal.

“Atas sebab ini, keperluan untuk jual tiket bagi lokasi pertandingan yang kapasiti penontonnya terhad berbanding dengan permintaan, perlu kami perkenalkan,” katanya pada majlis pelancaran penjualan tiket KL2017 di sini hari ini.

Antara acara sukan yang memerlukan tiket ialah akuatik (terjun, renang, renang berirama dan polo air), badminton, gimnastik, karate, taekwondo, pencak silat, futsal, bola jaring, ragbi, berbasikal (trek), bola keranjang, sepak takraw, biliard dan snuker, muay dan bola sepak.

Dalam pada itu, sebanyak 32 acara lain dapat ditonton secara percuma seperti akuatik (renang terbuka), memanah, olahraga, tenpin boling, tinju, kriket, berbasikal (BMX dan lebuh raya), ekuestrian, lawan pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling padang, petanque dan layar.

Sementara itu pada sidang media kemudianya, Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) berkata bagi memastikan tidak berlaku penjualan tiket haram atau ulat tiket, setiap individu dihadkan pembelian kepada empat tiket sahaja.

“Kita hadkan pembelian tiket sama ada secara online dan di kios, kita hadkan maksimum empat tiket bagi setiap pembeli.

“Kita juga akan ada sukarelawan di luar venue bagi memastikan tidak berlakunya penjualan tiket haram.

“Harga tiket pula adalah berpatutan dan penyokong serta peminat acara sukan itu pastinya bersedia untuk membeli. Untuk pusingan awal harga RM10, pada pertengahan acara RM15 dan final RM20,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata jumlah keseluruhan tiket dicetak bagi temasya dwitahunan itu, bagaimanapun bergantung kepada permintaan serta mengambil kira keperluan daripada negara peserta.

“Belum ada jumlah yang tepat sebab kita akan keluarkan lebih banyak kalau permintaannya tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, bagi Sukan Para ASEAN, beliau berkata tiada tiket dikenakan untuk semua acara. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA KL2017tiket
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

05/01/2023
1

PETALING JAYA – Laris bagai ‘pisang goreng panas’ apabila tiket separuh akhir Malaysia menentang Thailand dalam Piala Persekutuan Bola Sepak...

Tiket Konsert Terakhir Boyzone Laris

12/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Lebih 5 ribu penonton dijangka membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam pada 14 Jun ini bagi menyaksikan kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd