• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Remaja Maut, Kemalangan Di Pasir Puteh

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Tiga remaja maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kereta di Kampung Bukit Tanah di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Abdul Rozak Muhammad berkata mereka yang maut, masing-masing berumur 19 tahun ialah Che Muhammad Syafiq Che Suriadi, Ahmad Amirul Razali, dan Amir Amjad Zuhar.

“Mayat ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dalam kemalangan pukul 1.30 pagi itu, mereka yang cedera ialah seorang lagi penumpang kereta Proton Iswara iaitu Muhammad Idzzat Haiqal Mohd Ridzuan, 19, manakala empat lagi ialah penumpang kereta Proton Persona melibatkan adik-beradik iaitu Muhammad Norsalam Mohd Salleh, 19, Siti Noor Hanif Farhani, 23, dan Nurizah Nabihah, 15 ,serta Wan Zanariah Wan Mohd Mahayidin, 57 tahun.

Katanya kesemua mereka yang cedera dirawat di Hospital Tengku Anis.

Abdul Rozak berkata kejadian berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu Ahmad Amirul dari arah Kota Bharu ke Pasir Puteh dipercayai dipandu laju lalu hilang kawalan telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Persona yang dipandu Muhammad Norsalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Pegawai Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata enam anggota bomba dan penyelamat mengambil masa enam minit untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Iswara.

“Mereka disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba di Hospital Tengku Anis,” katanya.

Sementara itu, di PASIR MAS , Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azani Aziz maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Atas Pinggir di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Ibrahim Saad berkata dalam kejadian 8 pagi itu, Azani, 48, yang menunggang motosikal bersendirian ke tempat kerja di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu gagal mengelak sebuah kereta Perodua Kelisa, yang membuat pusingan-U secara mengejut, lalu merempuhnya.

Mangsa dilaporkan terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Azani, yang berkhidmat di JBPM sejak 22 tahun lalu, meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak yang berusia antara sebulan dan 21 tahun.

Isteri mangsa, Zunainah Ahmad, 40, berkata dia dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa suaminya oleh seorang pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada 9 pagi ini.

“Saya terkejut apabila diberitahu suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sedangkan sebelum keluar rumah 7.30 pagi tadi (di Kampung Kubang Terap untuk ke tempat kerja) arwah suami tidak menunjukkan apa-apa perubahan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas.

Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood, yang turut berada di hospital berkata Allahyarham Azani seorang pegawai yang sangat komited dalam melaksanakan tugasnya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur ASEAN

Next Post

Isu Gambar Seksi, Isteri Hafiz Hamidun Mohon Maaf

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

1 Maut, 14 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Nahas 2 Kenderaan

1 Maut, 14 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Nahas 2 Kenderaan

01/04/2025
0

Kluang: Kegembiraan dua keluarga berhari raya berakhir tragedi selepas seorang peniaga maut, seorang parah dan 13 lagi cedera dalam kemalangan...

Next Post

Isu Gambar Seksi, Isteri Hafiz Hamidun Mohon Maaf

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd