• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Jadi Tuan Rumah Kejohanan Catur ASEAN

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 600 pemain catur dari seluruh Asia dijangka menyertai 18th ASEAN Age Group Chess Championship 2017 yang berlangsung di Kuantan bermula 25 Nov hingga 4 Dis ini.

Presiden Persatuan Catur Negeri Pahang (PCNP) Hamidah Abdul Hamid berkata, pemilihan Pahang sebagai tuan rumah kali ini adalah berikutan kejayaan PCNP menganjurkan Kejohanan Catur Piala Tengku Mahkota bersempena Tahun Melawat Pahang, April lepas.

“Kejohanan itu dianjurkan oleh Akademi Catur ASEAN dengan kerjasama PCNP dan kali ini ia akan mempertandingkan enam kategori iaitu bawah lapan tahun, 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun dan 18 tahun.

“Ia menawarkan hadiah berupa sijil penyertaan dan pingat untuk peserta yang mendapat tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kategori,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya sebanyak tiga jenis permainan dipertandingkan iaitu catur klasik (classic chess), catur cepat (rapid chess) dan catur kilat (blitz chess).

“Bagi pemilihan permainan catur klasik, pemain diberi masa bermain selama empat jam dan ini sudah tentu memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi…semasa inilah akan memberi mereka lebih pendedahan ketika bertemu pihak lawan terutama pemain dari negara berbeza.

“Bagi jenis permainan rapid pula mereka diberikan masa untuk bermain selama 25 minit dan blitz hanya lima minit sahaja dalam menguji kepintaran mereka,” katanya.

Katanya setakat ini 200 peserta telah pun mengesahkan penyertaan termasuk peserta dari China, India dan Singapura selain 250 peserta tempatan termasuk dari Pahang yang dijangka akan mengesahkan penyertaan dalam waktu terdekat ini.

Perasmian pembukaan dan penutup kejohanan dijadual disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Kini pelbagai persiapan rancak dilakukan dan kita berharap dengan penganjuran sukan ini akan dapat menggalakkan lebih ramai generasi muda berminat untuk melibatkan diri dengan sukan catur…tidak hanya sebagai pemain malah penonton atau penyokong,” katanya. – BERNAMA

Tags: catur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

26/07/2022
0

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejohanan di Moscow,...

Remaja 16 Tahun Tumpaskan Juara Dunia Catur

24/02/2022
0

NEW DELHI – Seorang remaja berusia 16 tahun dari India menjadi pemain catur termuda menewaskan juara dunia, Magnus Carlsen dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd