• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Polemik Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai yang diluluskan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak perlu dipolemikkan kerana ia bukan perkara baharu di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang ramai juga perlu faham, hukuman itu hanya dilaksanakan terhadap pesalah orang Islam berikutan ia berdasarkan kepada kesalahan syariah.

“Jangan jadikan isu…amalan ini sudah pun berlaku di luar dari penjara macam di Tawau (Sabah). (Tetapi) ramai tidak faham hukuman berdasarkan syariah hanya melibatkan orang Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerai di Guar Chempedak dekat sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, DUN Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

RUU itu turut memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Jamil Khir yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai berkata, bagaimanapun hukuman sebat dalam penjara sebenarnya sudah menepati khalayak ramai kerana menurut istilah Islam, ia bermaksud melebihi dua orang.

“Dalam penjara itu sudah lebih dua orang termasuk dengan doktor yang datang melihat, pegawai (penguat kuasa) agama, pengiring pesalah serta petugas lain,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Datuk Seri Jamil Khir BaharomHukuman Sebat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

24/12/2023
0

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat semakin sukar dibendung walaupun kerajaan berusaha melaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd