• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sekatan Terhadap Pemain – Presiden PBNS

oleh AK-47
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Demi Malaysia, tiada sekatan terhadap pemain negeri ini untuk mewakili skuad kebangsaan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berrkata keutamaan seharusnya diberikan kepada pasukan kebangsaan kerana ia membawa nama Malaysia.

“(PBNS) Sebagai badan gabungan, keperluan  FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sebagai badan induk perlu dihormati, jika FAM memerlukan pemain kita untuk mewakili negara,  kita akur.

“Tidak timbul isu kita (negeri) tidak ada pemain… kita tidak mempunyai masalah untuk memberikan kerjasama kepada FAM. Bahkan kita (Negeri Sembilan) juga terpaksa melepaskan Piala Presiden,” kata Mohamad yang juga menteri besar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.nya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan sesetengah negeri yang enggan melepaskan pemain mereka untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Mohamad berkata tindakan enggan melepaskan pemain negeri dan dalam masa sama mengutuk prestasi pasukan bola sepak kebangsaan tidak seharusnya berlaku.

Dalam Piala AFC B-23 di Bangkok baru-baru ini, tiga pemain Negeri Sembilan iaitu Sean Eugene Selvaraj, L Kalaiharasan dan Fauzan Fauzi mewakili  skuad negara.

Pada perlawanan itu, skuad B-22 berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala AFC di China tahun hadapan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Hargai Kepercayaan Pengundi Johor, Janji BN Terus Berkhidmat

Tok Mat Hargai Kepercayaan Pengundi Johor, Janji BN Terus Berkhidmat

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengundi Johor selepas memberikan...

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

30/06/2026
0

MUAR - "Alhamdulillah, letaklah jawatan". Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan oleh Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd